Tuesday, 04 September 2007 22:54

Panduan Menjimatkan Penggunaan Elektrik Anda

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Menjimatkan elektrik bukan sahaja dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dunia dan mengurangkan pencemaran tetapi juga dapat menjimatkan perbelanjaan rumah anda. Tambahan lagi tarif elektrik tidak pernah menurun.  Amalkan langkah-langkah berikut untuk menjadi pengguna yang bijak:

 

Lampu

  • Pilih lampu yang bersesuaian berdasarkan tempat. Untuk lampu kawasan tangga, anda tidak perlukan lampu yang sangat terang.{mosimage}
  • Bilik yang mempunyai warna cat yang terang akan memantulkan cahaya dan akan mewujudkan suasana lebih terang.
  • Jika boleh, letakkan lampu di sudut bilik. Ini menjadi bilik lebih terang kerana cahaya lampu akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
  • Mentol kalimantang 4 kali lebih cerah daripada mentol bulat dan tahan sehingga 8 kali lebih lama.
  • Gunakan mentol ‘energy saving’, walaupun lebih mahal, tetapi jangka panjang lebih menjimatkan.
  • Tutup lampu-lampu yang tidak digunakan, walaupun anda tidak menggunakannya 10 minit.
  • Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkan kecerahan cahaya yang maksimum.
  • Gunakan lampu kecil semasa tidur jika takut gelap.

 


Penyaman udara

  • Penyaman udara biasanya menggunakan 25%-35% daripada tenaga elektrik. Pilih penyaman udara dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik.
  • Tutup suis pendingin hawa beberapa minit sebelum meninggalkan bilik.
  • Gunakan timer, jika anda kerap terlupa menutup penyaman udara.
  • Tutup suis pendingin udara anda ketika keadaan sejuk seperti selepas tengah malam dan awal pagi, cukup sekadar kipas.
  • Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya matahari masuk ke ruang yang  ingin didinginkan.
  • Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk keselesaan suhu yang optimum.
  • Apabila membeli penyaman udara pilihlah penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga (Energy Efficiency Rating – EER) yang tertinggi.
  • Elakkan daripada meletakkan pemampat penyaman udara di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari. Ia juga harus mendapat kitaran udara yang maksimum.
  • Penyaman udara harus diperiksa bagi memperbaiki sebarang kerosakan atau untuk tujuan penyelenggaraan. Ia dapat meningkatkan prestasi penyaman udara.
  • Kurangkan penggunaan penyaman udara, dengan menanam pokok yang memberikan teduhan cahaya matahari. Buka tingkap untuk membolehkan pengaliran aliran udara.
  • Kipas kadang-kadang mencukupi untuk menyejukkan sesuatu ruang.


Komputer dan Alat Audio Video

  • Kurangkan masa menonton televisyen. Gunakan masa lapang dengan melakukan riadah di luar.
  • Komputer menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak bagi menghidupkan skrin, CPU, mesin pencetak dan pembesar suara. Gunakan komputer riba.
  • Monitor komputer menggunakan 60% kuasa. Jadi jika anda mahu meninggalkan komputer anda dalam keadaan ON, tutup power monitornya.
  • Tutup power pada televisyen, radio atau pemain video jika tidak menggunakannya. Jangan hanya menekan butang OFF pada alat kawalan jauh.

 
Peralatan rumah

  • Peralatan elektrik yang digunakan untuk memasak dengan cepat lebih banyak menggunakan tenaga elektrik. Didihkan air dengan menggunakan dapur gas.
  • Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika. Seterika merupakan peralatan yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik. Gosok pakaian sekaligus untuk seminggu pada hujung minggu. Tutup suis seterika beberapa minit sebelum habis penggunaannya.
  • Jangan pasang dan tutup suis peralatan elektrik berkuasa tinggi terlalu kerap dalam suatu masa.

Kipas

  • Gantikan kipas lama dengan yang baru yang lebih cekap dalam menggunakan tenaga.
  • Bersihkan kipas dan pastikan minyak pelincir mencukupi untuk melanjutkan tempoh hayat kipas tersebut.


Peti sejuk

  • Peti sejuk menggunakan 21% daripada jumlah bekalan tenaga elektrik rumah.
  • Beli peti sejuk berdasarkan keperluan keluarga anda. Lebih besar peti sejuk, lebih banyak penggunaan tenaga elektrik.
  • Jarakkan sedikit peti sejuk daripada dinding, iaitu gelung kondenser terletak sekurang-kurangnya 4in/10cm daripada dinding.
  • Tempatkan peti sejuk jauh daripada dapur dan kawasan panas, bagi penyejukan yang lebih cekap.
  • Jangan letakkan makanan panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  • Keluarkan bekas pembungkus makanan yang tidak diperlukan sebelum memasukkan ke dalam peti sejuk. Ia akan menjimatkan ruang dan tenaga elektrik.
  • Bersihkan ‘condensor fins’ dan bekas-bekas dalam peti sejuk sebulan sekali.
  • Cairkan makanan beku di bahagian bawah peti sejuk berbanding di luar peti sejuk.
  • Kurangkan membuka pintu peti sejuk.
  • Pastikan kawalan suhu peti sejuk bersesuaian dengan keperluan penyimpanan.
  • Peti sejuk model tahun 2001 ke atas menggunakan tenaga elektrik lebih cekap berbanding model sebelumnya. Pilih model yang terdapat label yang menunjukkan kadar kecekapan penggunaan tenaga oleh EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika Syarikat).
  • Model dengan freezer di atas lebih baik berbanding di bawah.
  • Dapatkan seorang juruteknik untuk memeriksa tekanan gas penyejuk nyahfroskan peti sejuk 6 bulan sekali.

 

 

Rujukan :
Michaelbluejay dot com
Website FOMCA

Last modified on Tuesday, 24 June 2008 09:09
Login to post comments

Petua Suri

Badge Ratuhati - Mari Promosi

Letakkan badge ratuhati di web anda.

Banner ratuhati.com!
Sila KLIK link ini untuk KOD HTMLdan pastekan di web/blog anda. Terima kasih ;-)
You are here