Monday, 02 June 2008 07:47

Amalkan 3R untuk Hijaukan Alam

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)

Perangkaan daripada Jabatan Alam Sekitar menunjukkan purata pengeluaran sisa buangan di Malaysia ialah kira-kira 1.7 kilogram sehari seorang.

"...sisa yang kita buang tidak akan lenyap begitu sahaja dan ia akan memberi impak kepada alam sekitar. Maka, apa yang patut kita buat?" - S. Piarapakaran, FOMCA.

Apa yang anda boleh buat sebagai pengguna ialah... amalkan 3R... Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula).

Kurangkan

  1. Bijak membeli
    Jangan membeli benda yang tidak perlu.
  2. Beli yang tahan lama
    Beli barang seperti perabut atau baju yang tahan lama.
  3. Elakkan Beli Produk Pakai Buang
    Elakkan barang-barang pakai buang seperti tisu (alternatif: saputangan) dan bateri (beli yang boleh dicas semula). Lampin pakai buang juga punya alternatifnya iaitu lampin kain.
  4. Pembungkusan Produk
    Pilih produk dengan pembungkusan yang minima. Bungkusan produk seelok-eloknya dibuat daripada bahan boleh kitarsemula seperti aluminium, kaca atau kertas. Produk dalam bungkusan pek besar lebib baik daripada bungkusan secara individu.
  5. Batalkan langganan
    Batalkan langganan pos newsletter yang tidak dibaca. 
  6. Kurangkan toksin dan bahan kimia
    Pilih produk pencuci kurang toksin dan gunakan sehingga habis.Jika anda dapat menggunakan cara semulajadi seperti cucian menggunakan limau dan cuka, lebih baik.
  7. Kurangkan penggunaan elektrik
    Gunakan peralatan elektrik dengan bijak dan bila membeli, pastikan produk menjimatkan penggunaan tenaga.
  8. Jangan membazir air
    Amalkan tabiat ini dan ajar anak anda sejak dia kecil lagi.
  9. Buang sampah di tempat sepatutnya
    Jangan buang sampah keluar kereta, di sumber-sumber air seperti air terjun, air laut dan sebagainya.

Guna Semula


Beg plastik
Gunakan sebagai beg sampah.

Sampul surat
Lekatkan kertas di atas alamat penerima lama dan tulis semula alamat baru di atasnya. Sampul surat lama juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

Balang dan botol
Bersihkan, buang label jika perlu dan gunakan semula untuk mengisi barang-barang kecil seperti klip atau rempah di dapur.

Suratkhabar, majalah, katalog
Boleh digunakan sebagai pembungkus barang-barang di stor atau untuk pindah rumah. Anda juga boleh membuat kraftangan daripada majalah-majalah lama. Ada juga ibu-ibu yang membuat kad imbas untuk anak mereka menggunakan gambar-gambar daripada katalog pasaraya.

Kain baju lama
Jahit semula sebagai alas kaki, alas kusyen, atau lapik di dapur untuk periuk panas.

Kertas cetak
Gunakan semula untuk menulis nota atau lakaran. Untuk lebih bergaya, anda boleh menjilidnya menjadi seperti buku. 

Tip Berguna


Barangan Eletrik Lama
Dermakan barangan elektrik lama ke badan-badan kebajikan atau sekolah.

Baju dan buku lama
Orang lain boleh memanfaatkan pakaian lama anda, mungkin anak-anak yatim atau orang-orang tua. Tapi tolonglah jangan berikan KAIN BURUK untuk mereka!

Car-boot Sale
Anda boleh menjual barang yang anda tidak mahu di car-boot sale, di internet, atau di kedai membeli barangan terpakai.

Bateri cas semula
Gunakan bateri cas semula, ia lebih mahal tetapi dalam jangka panjang lebih berbaloi dan lebih mesra alam.

Baja Kompos
Kulit telur, hampas teh, hampas kopi boleh dijadikan baja kompos untuk tanaman anda. Jika anda memesin rumput, biarkan rumput mereput dan menjadi baja untuk tanah.

Kitar Semula

 

Apa yang boleh dikitar semula

 
Gelas
Buang kandungan botol, bersihkan dengan air sabun dan bilas.
   Plastik
Jenis plastik yang biasa dikitarsemula ialah PET (polyethylene terephthalate) dan HDPE (high density polyethylene). Biasanya plastik ini digunakan sebagai bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, bekas aiskrim dan sebagainya.
Buang kandungan botol, bersihkan dengan air sabun dan bilas.
 Kertas
Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan dan cuba asingkan kertas-kertas itu mengikut gred.
 
Aluminium
Tenaga yang dijimatkan dengan mengitarsemula 1 tin aluminium dapat menyalakan tv selama 3 jam!
Buang kandungan tin, dan penyekkan tin dengan memijaknya.
 
Lain-lain logam
tembaga, besi daripada wayar elektrik lama, bateri kereta lama, tin susu dan sebagainya.
 
Lain-lain bahan adalah seperti cat, ubat-ubatan, bahan kimia, tayar, jubin lama dan kayu.

Mari berhibur bersama Sinchan dalam kisah Sinchan ke Kedai Kitar Semula

Dim lights Embed Embed this video on your site

 

Artikel ini sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, 5 Jun 2008. 

Sumber:

  • recycling-guide.org.uk
  • kitarsemula.com
  • Pengguna Hijaukan Bumi, Kosmo
Last modified on Wednesday, 25 June 2008 07:31
Login to post comments

Petua Suri

Badge Ratuhati - Mari Promosi

Letakkan badge ratuhati di web anda.

Banner ratuhati.com!
Sila KLIK link ini untuk KOD HTMLdan pastekan di web/blog anda. Terima kasih ;-)
You are here