Monday, 23 June 2008 23:10

Langkah Menjimatkan Penggunaan Petrol

Written by  Penulis
Rate this item
(1 Vote)
Harga minyak yang naik mendadak memang memberi kesan kepada masyarakat Malaysia terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Jika anda mempunyai kereta, amalkan langkah-langkah berikut untuk penjimatan petrol.

Untuk penjimatan petrol ELAKKAN perkara berikut :
1. Memandu melebihi 90 km/j
2. Memandu dengan melulu
3. Angin tayar kurang
4. Kenderaan tidak diservis mengikut jadual (tukar minyak hitam, spark plug dll){mosimage}
5. Memberatkan kenderaan dengan meletakkan barang tidak diperlukan
6. Kerap membrek kenderaan
7. Menggunakan “roof carrier”
8. Menggunakan penghawa dingin ketika cuaca tidak panas
9. Membuka tingkap luas apabila memandu di lebuhraya
10. Memanaskan enjin kenderaan lebih 1 minit

Oleh itu hendaklah AMALKAN perkara berikut :
1. Had maksima memandu antara 80 – 90 km/j
2. Memandu dengan berhemah
3. Pastikan angin tayar cukup mengikut spesifikasi
4. Servis kenderaan mengikut jadual
5. Simpan di rumah barang yang tidak diperlukan
6. Jarakkan kenderaan di hadapan untuk elakkan kekerapan membrek
7. Tanggalkan “roof carrier” apabila tidak digunakan
8. Tidak menggunakan penghawa dingin jika cuaca tidak panas
9. Buka tingkap sedikit (~ 10%) ketika cuaca tidak panas , gunakan kipas (blower) sahaja. Tingkap yang terbuka luas akan memberatkan rintangan. Lebih jimat menggunakan penghawa dingin apabila memandu di lebuhraya yang tidak sesak daripada memandu dengan tingkap terbuka luas.
10. Panaskan enjin kenderaan kurang dari 1 minit

Sumber: waghih.blogspot.com

Last modified on Tuesday, 24 June 2008 09:10
Login to post comments

Petua Suri

Badge Ratuhati - Mari Promosi

Letakkan badge ratuhati di web anda.

Banner ratuhati.com!
Sila KLIK link ini untuk KOD HTMLdan pastekan di web/blog anda. Terima kasih ;-)
You are here