-
- Anda boleh maklumat ringkas tentang makanan tersebut di permulaan resipi. Mungkin sedikit tentang sejarahnya, cerita istimewa tentangnya yang anda alami.
- Maklumat lain yang berguna ialah tahap kepakaran memasak yang diperlukan untuk memasak makanan ini. Tahap permulaan, sederhana, atau pakar. Atau perlu tahu kemahiran lain jika ingin mencubanya.
- Senaraikan bahan-bahan mengikut turutan penggunaannya. Kurang risiko ada bahan-bahan yang tertinggal daripada resipi dan pembaca juga mudah melihat bila bahan-bahan tersebut diperlukan.
- Jika makanan ini mempunyai beberapa komponen, letak tajuk/ header komponen tersebut di bahagian atas setiap bahan yang digunakan di dalamnya.
- Letakkan amaun bahan di dalam senarai bahan-bahan. Ini memudahkan pembaca mahu menulisnya dalam senarai beli. Amaun bahan elok diletakkan dalam kedua-dua berat dan isipadu. Ada pembaca yang menggunakan timbang, tetapi ada yang lebih selesa menyukat dengan cawan atau sudu. Konsisten dalam menggunakan jenis sukatan untuk elakkan kekeliruan. Jika sukatan metrik digunakan, terus gunakan untuk semua bahan.
- Terus tulis bagaimana bahan-bahan itu akan digunakan di bahagian senarai bahan-bahan. Contohnya, jika bawang perlu dimayang, dan tomato perlu didadu, anda boleh menulis terus "2 biji bawang kecil dimayang halus" dan "sebiji tomato dipotong dadu".
- Gunakan turutan yang logik dalam kaedah penyediaan. Contohnya, jika oven perlu dipanaskan dahulu, tulis itu di awal resipi.
- Tulis dalam bentuk point, dan gunakan ayat ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca. Gunakan perenggan jika perlu. Tukang masa tiada masa membaca bahasa berbunga.
- Beri lebih penerangan dalam langkah-langkah penyediaan atau memasak. Jangan anggap semua pembaca tahu bagaimana kita seharusnya memasak sesuatu jenis masakan. Contohnya tuliskan tepung itu perlu diayak bersama dengan serbuk penaik sebelum mencampurkannya ke dalam adunan dalam resipi itu.
- Masukkan sekali saiz hidangan. Anggaran sudah cukup, tidak perlu betul-betul tepat kerana selera setiap orang berbeza.
- Jangan lupa masukkan gambar milik anda sendiri. Jika anda mengambil daripada sumber lain, sila nyatakan. Patuhi hakcipta sesuatu gambar.
- Akhir sekali yang penting, BACA PRUF! Membaca pruf dapat memastikan anda menulis sukatan yang betul, tiada kesalahan pada ejaan dan juga kaedah. Jika tidak, resipi anda menjadi satu mimpi ngeri buat mereka yang telah mencubanya. Serik katanya ;-)
Kredit gambar: cherishlovetogether.blogspot.com
Menulis resipi mungkin mudah, tetapi bagaimana dengan menulis resipi yang baik, dan jika diikuti dengan tepat, hasilnya masakan menjadi seperti yang diingini. Mari ikuti langkah-langkah ini ;-)


