- Lebih 60% kanak-kanak dan remaja berbual secara online.
- 3 daripada 4 anak-anak sanggup memberikan informasi peribadi sebagai tukaran kepada servis dan barangan.
- 1 daripada 5 kanak-kanak menjadi sasaran pedofilia atau penyerang setiap tahun.
- 27% kanak-kanak tidak dipantau langsung menggunakan internet.[1]
- 34% kanak-kanak tidak diberitahu langsung tentang panduan, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semasa menggunakan internet.[1]
- 44% anak-anak mengatakan bahawa mereka telah didekati oleh orang asing.
- Di Korea, 30% anak-anak berumur bawah 18 tahun menghabiskan masa lebih daripada 2 jam sehari online.[2]
- 93% remaja di Amerika Syarikat berusia 12-17 tahun online, 63% online setiap hari.[2]
- Di Perancis 72% anak-anak melayari internet bersendirian.[2]
- 81% ibu bapa di UK yakin mereka tahu apa yang anak-anak mereka buat di internet. 31% anak-anak ini tidak bersetuju.[2]
- Di Perancis, 85% ibu bapa tahu tentang perisian parental control, tetapi hanya 30% yang memasangnya. Tahap kawalan tertinggi adalah di India, di mana 55% ibu bapa telah memasang kawalan yang sepatutnya berkenaan penggunaan internet.[2]
- Di Amerika Syarikat, 86% remaja perempuan mengatakan bahawa mereka boleh berborak di internet tanpa pengetahuan ibu bapa. 30% mengatakan bahawa mereka telah dicabul (secara seksual) di ruang borak, hanya 7% memberitahu ibu bapa mereka berkenaan ini kerana tidak mahu dinafikan daripada menggunakan ruang borak.[2]
- Di Brazil, ibu bapa fikirkan anak mereka online 56 jam seminggu, tetapi sebenarnya anak mereka online selama 70 jam seminggu.[2]
- CNN melaporkan tahap ketagihan internet kanak-kanak Asia adalah yang tertinggi. Di China sahaja, lebih 4 juta remaja dilaporkan menghabiskan masa lebih 6 jam sehari untuk online. [3]
- Statistik polis persekutuan di Australia menunjukkan bahawa 152 orang telah didakwa dengan tuduhan eksploitasi seks kanak-kanak secara online dalam masa 18 bulan.[4]
- 50 buah laman web yang popular di kalangan kanak-kanak dan remaja didapati meletakkan 4,123 "cookies," "beacons" dan lain-lain teknologi tracking di dalamnya. Ia adalah 30% lebih tinggi berbanding 50 buah laman web dewasa yang popular di Amerika Syarikat.[5]
- Kajian oleh Pew Research Center mendapati bahawa 4% remaja mengakui telah menghantar mesej dan gambar porno dan 15% mengakui mereka menerima foto sebegitu.[6]
Sumber:
[1] Safe Surfing: Kids and the Internet, April 7, 2006
[2] Child Online Protection, Brochure by International Telecommunication Union, 2009
[3] Internet addiction linked to ADHD, depression in teens, Oct 2009
[4] Internet risk to children on rise, May 21, 2010
[5] On the Web, Children Face Intensive Tracking, Sept 2010, The Wall Street Journal
Gambar: http://takeyourtips.com
Bermula daripada zaman Geocities dan Tripod, sehingga friendster dan MySpace, dan kini Facebook; internet menawarkan kanak-kanak banyak ruang dan peluang untuk mereka belajar, berhibur dan berkembang. Dalam masa yang sama, ia juga memberi ruang untuk keselamatan dan privasi mereka dicerobohi. Cabaran bagi ibu bapa adalah untuk mendidik anak-anak bagaimana untuk menggunakan internet dengan selamat supaya mereka mendapat manfaat, bukannya mudarat.


