Menulis resipi mungkin mudah, tetapi bagaimana dengan menulis resipi yang baik, dan jika diikuti dengan tepat, hasilnya masakan menjadi seperti yang diingini. Mari ikuti langkah-langkah ini ;-)

Add a comment
Saturday, 21 May 2011 04:43

Roti Gula - Snek Ringkas untuk Anak Prasekolah

Written by Asniza

Balik sekolah, terus kakak menyampaikan pesan cikgu. "Ummi, esok ada hari guru. Cikgu kata bawa makanan."

Add a comment
Monday, 17 March 2008 17:18

resepi

Written by shasha
Thursday, 24 April 2008 01:55

Sneaky Burgers

Written by Penulis
Untuk anak makan memilih.

Bahan-bahan:

  • 150g daging/ayam cimcang kurang lemak
  • 1 sudu besar lobak merah yang diparut halus
  • 1 sudu besar bawang yang dicincang
  • 1 sudu besar sayur brokoli atau cauliflower yang dicincang halus
  • 1 sudu besar cendawan yang dicincang halus
  • 1 sudu besar serbuk roti kering
  • ½ sudu besar biji bijan yang dibakar/digoreng tanpa minyak
  • 1 biji telur
  • ½ sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil pes tomato (jika mahu)
  • ¼ sudu kecil garam
  • Lada hitam mengikut suka
  • 1 sudu besar minyak

Cara:

  1. Masukkan semua bahan-bahan, (kecuali minyak) di dalam mangkuk dan gaulkan rata-rata.
  2. Bentukkan adunan bulat-bulat leper setebal 1 cm dan goreng dengan sedikit minyak hingga masak.
  3. Hidangkan panas bersama roti ban yang disapu dengan sedikit marjerin.
Sumber: onetwothree.tv
Add a comment
Thursday, 24 April 2008 01:53

Smoothie Pisang dan Kacang Pecan

Written by Penulis
Keperluan Khusus/Istimewa – Anak Demam/Tidak Sihat

Bahan-bahan:

  • ¼ cawan kacang pecan
  • 1 biji pisang (besar)
  • ½ cawan susu
  • 2 sudu kecil sirap maple

Cara:

  1. Kisar kacang pecan di dalam blender atau pengisar makanan sehingga halus.
  2. Masukkan pisang dan kisar sehingga menjadi pes pekat, dengan menggesek kacang ke bawah.
  3. Tambahkan susu dan sirap maple.
  4. Kisarkan sehingga halus.
  5. Tuangkan di atas batu ais yang telah dihancurkan dan hidangkan serta-merta.
Sumber: onetwothree.tv
Add a comment
Wednesday, 23 April 2008 23:43

Pai Shepherd

Written by Penulis
SHEPHERD’S PIE

Inti:

  • 1 camca besar minyak
  • ½ biji bawang, dicincang
  • 150-200g daging kisar
  • 1 batang lobak merah, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 1 biji tomato masak, dikupas dan dicincang
  • 1 camca teh ekstrak yis (ibu roti)
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca teh tepung jagung } campur
  • 1 camca besar air } bersama
  • Segenggam kacang pis atau kacang buncis, dipotong dadu
  • Garam dan lada sulah untuk perisa

Hiasan kentang:

  • 2 kentang besar
  • Sedikit mentega/marjerin
  • 1/3 – ½ cawan susu Dutch Lady panas
  • Garam dan lada sulah untuk perisa
  • ½ cawan keju Cheddar parut
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang hingga empuk.
  2. Tambahkan daging dan goreng hingga perang.
  3. Masukkan lobak dan tomato dan masak hingga empuk. Tambah _ cawan air jika ia mula kelihatan kering.
  4. Perisakan dengan ekstrak yis dan sos tomato dan pekatkan dengan campuran tepung jagung.
  5. Akhir sekali, tambahkan kacang.
  6. Masukkan stew tadi ke dalam bekas tahan ketuhar.
  7. Sementara itu, kupas kentang dan potong besar-besar. Rebus hingga lembut.
  8. Tuskan air dan lenyekkan kentang sebelum menambah mentega dan susu panas untuk menjadikan adunan yang gebu.
  9. Perisakan dengan garam dan lada sulah.
  10. Sapukan kentang lenyek di atas stew daging.
  11. Taburkan keju parut di atasnya.
  12. Bakar pada kepanasan 200 darjah Celcius selama 30 minit atau hingga perang keemasan.
sumber:onetwothree.tv
Add a comment
Wednesday, 23 April 2008 23:40

Sup kentang & Daun bawang leek

Written by Penulis
Untuk kanak-kanak yang tidak suka sayur

Resipi:

  • Kentang
  • Daun bawang leek
  • Susu

Salah satu hidangan yang bagus ialah sup kentang dan “leek” atau daun bawang.

Goreng saja daun bawang sampai lembut, tambah kentang, kemudian tambah susu dan renehkan hingga empuk.

Selepas tu, puri di dalam blender. Sudah pun siap sup yang sedap berkrim. Anda boleh tambahkan perisa dengan menggunakan herba seperti thyme atau oregano.

sumber:onetwothree.tv 

Add a comment
Tuesday, 26 February 2008 15:39

Air Yogurt Oren

Written by Penulis

{mosimage}Kalsium, vitamin C, bagus untuk sistem imun anak-anak :-) Bahannya cuma 2 biji oren dibuang kulit, 3/4 cawan yogurt kosong, 2 sudu besar gula (boleh diganti dengan madu untuk lebih asli dan berkhasiat), 1 cawan air sejuk. Kisar halus semuanya dan hidangkan. 

Add a comment
Monday, 28 January 2008 14:56

Cucur Jagung Lemak Manis

Written by Penulis
Anak saya tak nak makan jagung yang berbiji-biji tu, jadi saya kisar dan jadikan cucur. Dia suka!
Add a comment
Thursday, 10 January 2008 12:46

Biskut ABC

Written by Penulis
Buat biskut ini bersama anak anda....
Add a comment
Thursday, 10 January 2008 12:40

Kraker Abjad

Written by Penulis
Lakukan ini bersama anak kecil anda di hari cuti ini.... Pasti dia seronok... sesuai untuk anak pra sekolah...
Add a comment
Page 1 of 7

Petua Suri

Badge Ratuhati - Mari Promosi

Letakkan badge ratuhati di web anda.

Banner ratuhati.com!
Sila KLIK link ini untuk KOD HTMLdan pastekan di web/blog anda. Terima kasih ;-)
You are here