Asuhan Positif (61)
Pengaruh Positif Ayah dalam Sikap dan Kejayaan Anak-anak
Written by Ratuhati.com
Banyak kajian yang mengesahkan impak positif jika seseorang bapa banyak menghabiskan masa bersama anaknya. Anak-anak begini:
- punya lebih sikap yakin diri dan kurang rasa resah dengan keadaan baru
- punya sikap positif berhadapan dengan kekecewaan
- lebih berdikari
- lebih kemungkinan untuk membesar sebagai orang dewasa yang punya sifat belas kasihan
- mempunyai harga diri yang tinggi
- lebih cemerlang dalam pelajaran (gpa lebih tinggi)
- lebih pandai bersosial.
Terima kasih bapa kerana menjadikan kami anak yang hebat seperti hari ini. Terima kasih bapa-bapa muda hari ini kerana pengaruh positif kalian bakal mencorakkan anak-anak yang hebat pada masa akan datang.
| Add a comment |
Apa Aktiviti yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Bersama Anak-anak Pada Hari Bumi (Earth Day) Ini
Written by Ratuhati.comApa Itu Earth Day?
Earth Day disambut pada 22 April setiap tahun di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Ia digagaskan oleh Gaylord Nelson, Senator Amerika Syarikat pada tahun 1970 sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan perhargaan terhadap alam sekitar.
Sama seperti mana-mana sambutan ulang tahun, ia perlu disambut dengan semangat menghargai dan memberi. Pada Earth Day, kita giatkan usaha memulih dan melindung alam semula jadi.| Add a comment |
Dilema Penjagaan Anak - Antara Cakap dan Nasihat Orang dengan Pendirian Kita
Written by Ratuhati.com“Itulah.. budak-budak, kalau kita jaga sangat, mudahlah dapat penyakit…” kata seseorang kepada saya apabila dia mengetahui Darwisy dijangkiti HFMD kali ketiga baru-baru ini.
Tersentak juga saya bila dia berkata begitu. Okey, mungkin sebab dia ingat saya terlalu menjaga anak saya nan seorang tu. Ya, memang saya jaga. Dah namanya anak saya, dah tentulah saya jaga. Takkan saya nak biarkan sahaja... Tetapi, tidaklah saya terlampau jaga sehingga dia tidak boleh berkawan dengan kanak-kanak lain, dan tidak boleh bermain di atas tanah, atau sentiasa berkepit ke sana ke sini. Saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘jaga sangat’ seperti yang dia katakan tu... Sebab saya selalu bawa anak saya ke sekolah diwaktu petang? Sebab saya beri anak saya susu ibu? Sebab saya jaga pemakanan anak saya? Sebab saya tak mahu hantar anak saya kepada mertua saya?
| Add a comment |
Pagi tadi saya sempat dengar tazkirah dalam ruangan Zikra di KL.fm. Ustaz bercerita tentang pendidikan anak-anak. ustaz banyak memberi contoh imam-imam dan ulama' serta cerdik pandai Islam terdahulu yang rata-rata berjaya menghafal Al-Qur'an pada usia yg sangat muda iaitu sebelum baligh, malah ada yang berumur 4 tahun dan 5 tahun misalnya Al-Asfahani. Ustaz kata, kemuliaan dan kejayaan mereka ini bermula dengan Al-Qur'an, sedangkan di zaman kita ni kebinasaan bermula apabila kita menjauhi Al-Qur'an. Ustaz berpesan, ibu bapa perlulah ada azam dan niat serta usaha untuk mendidik anak membaca, menghafal dan mendalami Al-Qur'an sejak anak dalam kandungan lagi. Ustaz memberi contoh adik Muhammad yang berjaya menghafal Al-Qur'an dan mengharumkan negara. Saya juga pernah bagi link blog Darwish dan Darwisya yang berjaya menghafal 30 surah pada usia 3 tahun.
Apa yg pasti, kita boleh mulakan memperdengarkan anak dengan bacaan Al-Qur'an sejak dalam kandungan, dan mula mengajar Al-Qur'an sejak bayi. Kejayaan ulama' lampau telah membuktikannya.
umimaira dalam forum Ratuhati, Ajar Anak Baca Al-Quran
| Add a comment |
Kelmarin, aku menonton tv, rancangan Nanny 911. Mulanya ku ingat, ini program realiti tv mencari pengasuh yang terbaik di Amerika Syarikat. Tetapi rupanya 911 tu maknanya "rescue".
Kali ini, rancangan menunjukkan sebuah keluarga (the Rocks) yang punya seorang anak lelaki dan seorang perempuan berusia 5 tahun dan 3 tahun. Masalahnya... Dylan (anak lelaki) menjadi "bos" dalam keluarga.... Natalie (anak perempuan) sudah mula ikut jejak langkah abangnya.
| Add a comment |
PLAN MUDAH - Jadikan Anak Anda Apa yang Anda Inginkan
Written by supermom (weed)Adakah anda terpaksa menjerit pada anak-anak untuk dipatuhi? mari ikuti perbualan berikut;
| Add a comment |
Aku membawa anak-anakku ke Marine Life Educational & Entertainment Park yang mana terdapat persembahan aksi ikan paus KillerWhale, ikan lumba-lumba dan juga persembahan oleh seekor penguin.
Si penguin ini membuat persembahan yang amat hebat dan mengkagumkan, terjun dari papan terjun yang tinggi, menimbang bola dgn hidungnya, melompat di tengah gelung api dan macam-macam lagi. Sambil memeluk anakku, kami menikmati persembahan penguin tersebut. Apa sahaja yg diperintah oleh pelatihnya, dia dengan patuh melakukannya. Jika dia disuruh ambilkan sesuatu, dengan pantas dilakukannya.
| Add a comment |
Luqman ayahanda yang sangat bijaksana. Dalam al-Quran terakam satu surah khas untuk ayahanda Luqman. Bacalah...
13. Sesungguhnya Aku (Allah) memberi hikmah kepada Luqman. Oleh itu, "Bersyukurlah kepada Aku. Barang siapa yang bersyukur kepada Aku, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Sekalipun ada manusia yang tidak bersyukur kepada Aku, Aku tetap juga Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
14. Ingatlah kata-kata Luqman kepada anak-anaknya, ketika beliau memberi pengajaran kepada mereka. Beliau berkata, "Wahai anakandaku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar," dan
15. Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayah dan ibu mereka. Ibu kamu telah mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan ibu kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.
16. Nabi Luqman berkata, "Aduhai anakandaku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
17. Wahai anakandaku, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan yang mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Sesungguhnya, semua itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah, dan
18. Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan angkuh.
19. Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.
Surah Ke-31: Luqman (ayat 13 - 19)
| Add a comment |
Ar-Rabie binti Muawiz menceritakan,
{xtypo_quote}Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami sediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka mahu makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.{/xtypo_quote}
Kisah ini direkodkan oleh Imam Bukhari.
Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa tetapi mereka harus dilatih membiasakan diri. Kelak bila usia mereka mencapai baligh, mereka akan dapat menunaikan kewajiban puasa tanpa alasan lagi, insya Allah.
| Add a comment |
Penderaan Fizikal Zaman Kanak-kanak Dikaitkan dengan Penyakit Barah
Written by Ratuhati.comPenderaan fizikal semasa zaman kanak-kanak dikaitkan dengan peningkatan kadar penyakit barah di kalangan orang dewasa, menurut kajian oleh Universiti Toronto di Kanada.
Kajian yang akan diterbitkan dalam Jurnal Barah itu menunjukkan individu-individu yang didera fizikal mereka tersebut lebih cenderung dengan 49 peratus lebih kemungkinan menghidap penyakit barah berbanding mereka yang tidak didera fizikalnya semasa kecil. Hasil kajian ini tetap signifikan walaupun tiga faktor pembauran utama: tekanan semasa kecil, amalan kesihatan semasa dewasa (contohnya: merokok, ketidakaktifan fizikal, pengambilan alkohol) dan status sosio-ekonomi semasa dewasa dikawal.
Childhood Physical Abuse Linked To Cancer, ScienceDaily (June 25, 2009)
Imej: www.waccamawyouthcenter.org
| Add a comment |

