Amalan yang baik dan senang untuk kita amalkan untuk melembutkan hati anak-anak dan supaya mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya. Baca ayat [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21] dan hembuskan pada ubun-ubun anak tiap-tiap pagi dan dan malam ketika anak hendak tidur. Inilah yang sering diingatkan oleh penceramah bebas ustazah Norbaiyah dan beberapa penceramah yang sewaktu dengannya.. - kiriman ust ke ummiku-sayang@yahoogroups [21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. [Al-Hasyr: surah 59 ayat 21]
Published in
Asuhan Positif

