Friday, 05 December 2008 09:22

Kehamilan Remaja Dikaitkan dengan Program TV Berbaur Seksual

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)

Remaja yang banyak menonton program TV berbaur seksual didapati dua kali lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam kehamilan semasa usia remaja berbanding rakan mereka yang kurang menonton rancangan TV sebegini. Ini didedahkan dalam hasil kajian daripada sebuah badan bukan kerajaan, RAND di Amerika Syarikat.

Pengkaji memfokuskan kepada 23 program popular dikalangan remaja. Ini termasuklah drama, rancangan komedi, program realiti dan rancangan animasi berbaur seksual yang semakin banyak ditayangkan di kaca TV zaman ini. Rancangan TV ini biasanya memaparkan maklumat tentang keseronokan seks tetapi tidak menekankan tentang risiko dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Pengkaji mencadangkan agar stesen TV digalakkan untuk memasukkan keadaan yang lebih realistik tentang seks dalam skrip mereka. Ibubapa pula patut menimbangkan untuk mengurangkan capaian anak mereka terhadap program-program TV sebegini dan meluangkan lebih masa untuk menonton TV bersama anak-anak mereka supaya mereka dapat memberikan penerangan kepada anak mereka.

Sumber: Teen Pregnancy Linked To Viewing Of Sexual Content On TV, ScienceDaily (Nov. 3, 2008)
Gambar: iStockphoto/Rosemarie Gearhart

Last modified on Monday, 27 July 2009 09:56
You are here