Wednesday, 06 May 2009 00:41

Anak Tonton Rancangan TV yang Penonton Sasarannya adalah Orang Dewasa Lebih Awal Aktif Seks

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Perlakuan seks awal dikalangan remaja hari ini mungkin ada kaitannya dengan apa yang mereka tonton semasa mereka kanak-kanak. Kajian ini didedahkan oleh satu kajian oleh Children's Hospital Boston di kalangan kanak-kanak enam ke  lapan belas tahun. Pengkaji mendapati, lebih awal anak-anak didedahkan dengan rancangan tv atau filem yang penonton sasarannya adalah orang dewasa (dan berbaur adegan berkaitan seks), lebih awal mereka aktif secara seksual.

Kajian itu juga mendapati, kebarangkalian mereka terlibat awal dalam perlakuan seks ini meingkat 33% untuk setiap satu jam rancangan sebegini yang mereka tonton.

Hiburan untuk orang dewasa biasanya mengandungi isu dan cabaran yang orang dewasa hadapi, termasuk kerumitan hubungan seks. Kanak-kanak tidak mempunyai cukup keupayaan untuk membezakan antara realiti dengan cerita rekaan yang bermaksud menghibur.

Pengkaji mencadangkan ibubapa mengikuti beberapa panduan seperti tidak meletakkan TV di dalam bilik tidur, tonton hanya 1 hingga 2 jam sahaja TV setiap hari, temankan anak anda menonton dan cuba wujudkan dialog terbuka tentang apa yang ditonton bersama itu.

Jadi, awasi apa yang anak anda tonton.

Last modified on Saturday, 30 April 2011 16:58
You are here