Friday, 18 December 2009 19:19

PLAN MUDAH - Jadikan Anak Anda Apa yang Anda Inginkan

Written by  supermom (weed)
Rate this item
(0 votes)

Adakah anda terpaksa menjerit pada anak-anak untuk dipatuhi? mari ikuti perbualan berikut;

Alif : Ummi tahu tak ihsan jiran sebelah tu tak solat elok-elok. Mak dia marah tadi

Ummi : Ye ke... pandai-pandai je cakap orang.. entah-entah Alif pun solat main-main.

Alif : Mana ada.. kadang-kadang je... kalau nak tengok kartun

Ummi : Mana boleh camtu... solat jangan main-main.. ummi tak bagi tengok kartun la kalau begitu (teruskan dengan syarahan agama )

Perbualan ini sebenarnya tak menghasilkan apa-apa. Mungkin lebih memburukkan keadaan. Anak hanya akan tertekan. Malah yang lebih teruk solat hanya kerana takut dimarahi ibu bapa. Semalam saya melakukan carian di internet, jadi mahu kongsikan PLAN mudah yang boleh jadi rujukan. Maklumlah budak-budak skrg kena banyak menggunakan pendekatan psikologi..

P - probe (memeriksa dgn teliti )

jangan tanya soalan judgemental seperti di atas;

entah-entah alif pun solat main-main

Mungkin boleh tukar kepada:

agaknya macamana kanak-kanak yang beriman, baik, yang soleh solat ye?

Soalan-soalan seterusnya boleh diteruskan dengan soalan yang menarik minat dia utk terus solat. Secara tidak langsung kita dapat membedah kesalahannya dalam melihat solat itu dalam kehidupannya sehari-hari.

L - listen ( dengar )

Sebab apa Allah jadikan dua telinga tapi satu je mulut? Supaya kita lebih banyak mendengar dari berkata-kata... Jadi dengar setiap jawapan dia dengan hormat - maksudnya jangan tunjuk muka yang menunjukkan dalam hati kita kata; nak tunjuk pandai pula budak ni. Jangan asyik bagi komen untuk setiap statement dia. ini bukan facebook ( hehehe )

A - Appreciate ( menghargai )

Hargai segala kata-katanya... sebutkan dengan spesifik apa kata-katanya yang bagus... dengan cara itu dia dapat menukar pendiriannya. Kerana dia terasa suka apabila pandangannya yang didengari orang lain.

N - Not criticizing ( jangan mengkritik )

Jangan kritik diri dia.. mungkin dia ada buat kesalahan. Tak perlu lagi kita nak membuka matanya untuk dia lihat kesalahannya itu.. percayalah tunjukkan bagaimana utk memperbaiki diri lebih baik daripada menunjukkan siapa diri kamu pada anak-anak akan lebih membantunya membaiki diri.

dengan PLAN mudah ini anak-anak akan mendapat 3 hadiah yang paling disukainya;

1. didengari, 2. difahami, dan 3. dihargai

Ini merupakan 3 perkara yang dapat membina ikatan kuat kita dan dia.

Tetapi jangan lupa juga sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memelihara dia dalam dakapan rahmatnya. InsyaAllah, bila tiba masa kita melepaskan dia, dia sudah mempunyai jati diri. Tidak akan terpengaruh oleh anasir luar.

Last modified on Saturday, 30 April 2011 16:57
You are here