Rumah jadi macam kapal karam... Dylan dah jadi macam pembuli di rumah... semua orang perlu ikut katanya.. bukan sahaja tak hormat pada semua orang... maki hamun ibu dan ayahnya sudah jadi perkara biasa. Dan paling dahsyat, Dylan pandai "manipulate" keadaan dan ibu bapa. In other words, the family, the house is chaos. Karen(isteri) decide untuk minta bantuan Nanny 911.
Nanny Deborah dengan 22 tahun pengalaman datang membantu. Banyak peristiwa dapat dilihat dalam masa 7 hari nanny Deborah bersama mereka. Banyak juga yang dapat dikutip dari nanny... nasihat dan kata-katanya. Antaranya:
- Anda tahu bagaimana untuk memanjakan dan mendidik anak-anak tetapi anda tidak tahu bagaimana meletakkan had pada mereka.
- Sebagai ibu bapa kita juga adalah guru kepada anak-anak.
- Apa salahnya jika anak anda rasa sedih dan rasa bersalah? Bagaimana mereka mahu belajar untuk menangani emosi mereka?
- Ada cara yang lebih baik untuk menyayangi dan mendidik anak-anak.
- Ibu bukan segala-galanya.
- Anda selalu 'menyelamatkan' mereka, itu sebabnya mereka mahukan anda.
- Anda selalunya menang, itu sebab dia tidak mengamuk. Tetapi malam ini Matt yang menang, itu sebabnya dia mengamuk.
Nanny juga ada letakkan beberapa peraturan kepada keluarga tu:
- To respect each other
- Every action have consequences
- "I want" is not to get
- Hands are not for hitting
Dari rancangan tu kita boleh nampak beberapa kesilapan yang ketara, antaranya:
- Suami dan isteri tak sependapat dalam mendidik anak
- Isteri rasa dia yang betul dan dia sahaja yang boleh uruskan anak-anak dan anggap suaminya tidak tahu apa-apa. Jadi dia suka masuk campur setiap kali suami cuba menjalankan tanggungjawab sebagai ayah
- Isteri rasa tugasnya adalah untuk buat supaya anak tak menangis. Oleh itu, dia tidak bertegas sebab tak mahu anak menangis... langsung...!!!
- Isteri tak percaya suaminya boleh jalankan tanggungjawab dan rasa suaminya salah.
Akhirnya Karen mengaku... dia dah suami tak tau nak buat apa dan end up tidak berbuat apa-apa. Hahahaha. Dia juga mengaku... mereka sebagai "clueless parent". Masa tengok ni.. aku geram pulak dengan si Karen tu... bila Nanny atau Matt (suami) cakap apa-apa, dia mesti nak backing anak dia.. dan kata..
"dia cuma nak main"... sedangkan bermain tu ada tempatnya.
Lagi... "dia cuma baru 2 setengah tahun"..
"bukankah seorang ibu perlu belai anaknya"...
"Matt, hari ni biarlah dia letak kaki atas meja makan sebab hari ni dia demam.. so hari ni biarkan dia"....
"Natalie specifically kata nak guna botol susu tu" (padahal botol dah beberapa kali digunakan dan dah kotor - ridiculous)..
"dia boleh faham ke apa yang kita arahkan?"...
"patutkah kita biarkan dia (anak) rasa sedih dan menangis (sebab tak ikut kehendak anak tu)?"
dan banyak lagi.. ishhh.. Allah je tau betapa geramnya aku tengok si Karen tu.
Kesimpulannya... ini hasilnya kalau mua kan anak. Tapi sampai hari ke 7, nanny tu berjaya kawal keadaan dan Karen & Matt back into control. Dylan tido seorang semula tanpa menangis nak kan Karen. Matt dan Karen tido bersama setelah sekian lama. Matt tak lagi tido dengan Bobo (anjing)!!!
Adakah korang pun alami masalah ni? Hehe.. sama-sama muhasabah diri... jadilah ibu dan bapa yang bertanggungjawab... bukan yang merosakkan lagi.
Kelmarin, aku menonton tv, rancangan Nanny 911. Mulanya ku ingat, ini program realiti tv mencari pengasuh yang terbaik di Amerika Syarikat. Tetapi rupanya 911 tu maknanya "rescue".
