Displaying items by tag: TV
Saturday, 27 February 2010 03:26

Nanny 911 - Cerita Anak yang Dimuakan

Kelmarin, aku menonton tv, rancangan Nanny 911. Mulanya ku ingat, ini program realiti tv mencari pengasuh yang terbaik di Amerika Syarikat. Tetapi rupanya 911 tu maknanya "rescue".

Kali ini, rancangan menunjukkan sebuah keluarga (the Rocks) yang punya seorang anak lelaki dan seorang perempuan berusia 5 tahun dan 3 tahun. Masalahnya... Dylan (anak lelaki) menjadi "bos" dalam keluarga.... Natalie (anak perempuan) sudah mula ikut jejak langkah abangnya.

Add a comment
Published in Asuhan Positif

Perlakuan seks awal dikalangan remaja hari ini mungkin ada kaitannya dengan apa yang mereka tonton semasa mereka kanak-kanak. Kajian ini didedahkan oleh satu kajian oleh Children's Hospital Boston di kalangan kanak-kanak enam keĀ  lapan belas tahun. Pengkaji mendapati, lebih awal anak-anak didedahkan dengan rancangan tv atau filem yang penonton sasarannya adalah orang dewasa (dan berbaur adegan berkaitan seks), lebih awal mereka aktif secara seksual.

Kajian itu juga mendapati, kebarangkalian mereka terlibat awal dalam perlakuan seks ini meingkat 33% untuk setiap satu jam rancangan sebegini yang mereka tonton.

Hiburan untuk orang dewasa biasanya mengandungi isu dan cabaran yang orang dewasa hadapi, termasuk kerumitan hubungan seks. Kanak-kanak tidak mempunyai cukup keupayaan untuk membezakan antara realiti dengan cerita rekaan yang bermaksud menghibur.

Pengkaji mencadangkan ibubapa mengikuti beberapa panduan seperti tidak meletakkan TV di dalam bilik tidur, tonton hanya 1 hingga 2 jam sahaja TV setiap hari, temankan anak anda menonton dan cuba wujudkan dialog terbuka tentang apa yang ditonton bersama itu.

Jadi, awasi apa yang anak anda tonton.

Add a comment
Published in Asuhan Positif

Remaja yang banyak menonton program TV berbaur seksual didapati dua kali lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam kehamilan semasa usia remaja berbanding rakan mereka yang kurang menonton rancangan TV sebegini. Ini didedahkan dalam hasil kajian daripada sebuah badan bukan kerajaan, RAND di Amerika Syarikat.

Add a comment
Published in Asuhan Positif
You are here