Displaying items by tag: anak
Sunday, 07 March 2010 04:04

Anak Tidak Mahu Botol Susu

Oleh: Nora Herni Abdul Rahim

Akhir-akhir ini, saya kerap menerima persoalan berkaitan bagaimana mahu memperkenalkan botol kepada si kecil yang sudah pandai memilih dan membezakan puting. Justeru, saya fikir perlu juga saya coretkan idea ini supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu terutamanya yang sudah mula mahu bekerja, dapat memperkenalkan penggunaan botol kepada si kecil mereka. Apatah lagi, kebetulan saya juga ada menjawab persoalan ini melalui emel. Jadi, tugas saya lebih mudah, edit sedikit sebanyak emel itu buat tatapan pembaca sekalian.

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu

Ibu Hamil Menyusu Makan Makanan RapuMengikut kajian yang dijalankan di London, ibu hamil dan menyusukan anak yang kerap makan makanan rapu (junk food) boleh menyebabkan anak mereka lebih berisiko untuk menjadi obes. Kajian itu juga menyarankan ibu-ibu hamil dan menyusu badan mengurangkan makanan berlemak, manis dan masin dalam pemakanan mereka. Tabiat pemakanan ibu-ibu ini akan mempengaruhi deria rasa dan kawalan selera bayi mereka sehingga sukar untuk ibubapa mengajar anak-anak mereka ini tentang pemakanan sihat setelah mereka pandai memilih makanan sendiri nanti.

Sumber: Eating Junk Food While Pregnant And Breastfeeding May Lead To Obese Offspring, ScienceDaily (Aug. 15, 2007)

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu
Thursday, 24 April 2008 00:23

Anak Kencing Malam

Ramai kanak-kanak yang mengalami kencing malam. Apakah gejalanya dan faktor yang mempengaruhinya?
Add a comment
Published in Bayi dan Kanak-kanak
Thursday, 21 February 2008 08:54

Kenal Pengasuh Anak Anda

DILEMA bagi ibu berkerja dan tidak mempunyai pembantu rumah ialah mencari pengasuh yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak.
Add a comment
Published in Bayi dan Kanak-kanak
Wednesday, 13 February 2008 23:29

Anak Lambat Bercakap

Anak lambat bercakap memang boleh membuatkan ibu risau. Tambahan lagi jika melihat kawan sebayanya sudah petah berbicara dan bertanya, seperti orang dewasa lagaknya...
Add a comment
Published in Bayi dan Kanak-kanak
Wednesday, 13 June 2007 23:40

Amalkan Pemakanan Sihat untuk Anak Anda

Ramai ibu-ibu setuju, pemakanan yang sihat sangat penting kepada keluarga. Namun begitu, ramai juga yang beranggapan, pemakanan sihat sukar diamalkan dalam keluarga, terlalu banyak cabarannya. Jadual yang sibuk, anak makan memilih, pengaruh media serta persekitaran dan pelbagai lagi masalah membuatkan ramai ibu terpaksa akur dan menutup sebelah mata dengan memberikan keluarga mereka makan makanan yang tidak berkhasiat.

Add a comment
Published in Bayi dan Kanak-kanak
Diabetes di kalangan lelaki mempunyai kesan terhadap ketidaksuburan mereka kerana ia didapati merosakkan DNA pada sperma, mengikut kajian dari Universiti Queen di Belfast, UK. Kualiti DNA sperma diketahui mempunyai kaitan dengan kekurangan kualiti embrio, kadar keguguran yang tinggi, dan penyakit kanak-kanak yang serius. - Diabetes Linked To Male Infertility; Excess Sugars In The Body Have Direct Effect On Sperm Quality, sciencedaily.com, 10 Julai 2008
Add a comment
Published in Ingin Hamil
Wanita hamil yang mengambil kafein - walaupun hanya secawan kopi setiap pagi - berisiko tinggi melahirkan bayi yang kurang berat badan (underweight). Kajian terbaru berkaitan kafein dan wanita hamil ini diterbitkan di dalam British Medical Journal (BMJ). Kafein daripada sebarang sumber, termasuk teh, kola, coklat dan ubat-ubatan ini didapati boleh memperlahankan pertumbuhan janin dalam kandungan.

Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat berkemungkinan menghadapi pelbagai masalah kesihatan apabila mereka dewasa, termasuklah penyakit darah tinggi, diabetes dan masalah jantung.

Even a little caffeine may harm fetus: Women should avoid more than 100 milligrams a day from any source, Reuters, updated 3 November 2008
Add a comment
Thursday, 14 February 2008 00:47

Anak Bijak, dari Kandungan Lagi

Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam, daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makanan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. - Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia, Hamid Arshat.com
Add a comment
Page 5 of 5
You are here