Penuhkan Freezer, Beri Ruang kepada Fridge
Freezer atau penyejuk beku bekerja dengan lebih cekap apabila ruangnya diisi sepenuh yang mungkin. Masukkan lebih ais untuk minuman sejuk di dalam ruang kosong penyejuk beku. Bonus semasa ketiadaan elektrik: Freezer yang penuh boleh kekal sejuk dengan lebih lama jika elektrik terputus.
Fridge pula berlainan; ia memerlukan pengudaraan yang baik untuk menjaga kualiti makanan di dalamnya. Ruang peti sejuk yang terlalu sendat membuatkan suhu tidak seimbang - ada yang terlalu sejuk, dan ada pula yang tidak cukup sejuk. Biarkan peti sejuk bernafas untuk makanan lebih segar dan dapat disimpan lebih lama.
| Add a comment |
Apa Aktiviti yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Bersama Anak-anak Pada Hari Bumi (Earth Day) Ini
Apa Itu Earth Day?
Earth Day disambut pada 22 April setiap tahun di lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Ia digagaskan oleh Gaylord Nelson, Senator Amerika Syarikat pada tahun 1970 sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan perhargaan terhadap alam sekitar.
Sama seperti mana-mana sambutan ulang tahun, ia perlu disambut dengan semangat menghargai dan memberi. Pada Earth Day, kita giatkan usaha memulih dan melindung alam semula jadi.| Add a comment |

