Displaying items by tag: Emosi

Tahukah anda, warna bilik anda boleh mempengaruhi kesuburan? Pemilihan warna dalam sesebuah ruang boleh mempengaruhi emosi anda dan tetamu anda. Ketahui kesan dan gabungan warna yang sesuai untuk sesebuah ruang dalam panduan berikut...

Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Friday, 29 February 2008 14:12

Kepentingan Bermain untuk Anak

Hasil kajian menunjukkan bahawa bermain adalah sebahagian penting daripada proses perkembangan kanak-kanak. Ia membolehkan mereka belajar tentang diri mereka sendiri, persekitaran dan orang di sekeliling mereka. Ibubapa boleh menggalakkan pembelajaran dengan bermain bersama mereka. Antara nilai dipelajari melalui permainan termasuk mengawal diri, tolong-menolong dan berempati, menyelesaikan masalah dan kreativiti. Selain itu, bermain dengan anak juga membantu memupuk hubungan kasih sayang, keakraban, dan keyakinan anak terhadap ibubapa. Bermain adalah juga cara untuk memulihkan hubungan selepas pertelingkahan. - Luangkan Masa Bersama-sama Anak Prasekolah Anda, Dr Anjli Doshi-Gandhi, LPPKN
Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Wednesday, 22 October 2008 11:09

Perkembangan Emosi Remaja

Dalam mencari identiti, remaja mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.

Apa yang ketara sekali para remaja cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana menganggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Disamping itu hubungan percintaan juga amat penting bagi remaja.

Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identiti kumpulan adalah identiti mereka.

- Sumber: psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com

Add a comment
Published in Asuhan Positif
Sunday, 22 February 2009 16:27

Gendong Bayi (Babywearing)

Apakah gendong atau babywearing? Apakah pula kelebihannya? Adakah babywearng ketinggalan zaman, atau seperti kelas kedua?

Add a comment
Published in Bayi

Bayi yang ibunya mengalami tekanan perasaan sebelum mula hamil, atau semasa hamil, lebih mudah mengalami gangguan pola tidur sepanjang 6 bulan pertama kelahirannya berbanding bayi yang emosi ibunya tenang sebelum dan sepanjang kehamilan.

Bayi ini lebih cenderung tidur pada siang hari, sukar untuk tidur pada malam hari, dan terjaga lebih kerap pada malam hari. Ini dikatakan insomnia bagi bayi. Masalah tidur bayi ini bukan hanya membuatkan ibubapa tidak dapat tidur secukupnya, ia juga menyumbang kepada tekanan perasaan bayi tersebut apabila dia dewasa.

Oleh itu, penting untuk bayi dan ibubapa mendapat tidur secukupnya.

Bulan-bulan pertama kelahiran, adalah ibarat kem latihan untuk tidur bayi pada masa akan datang. Badan dan minda bayi perlu dilatih untuk memahami yang dia perlu tidur bila gelap, dan berjaga bila terang - ini adalah asas 'circadian rhytm' yang menentukan waktu tidur seseorang sepanjang hidupnya. Ia juga menetapkan 'jam biologi' bayi sejak dari awal.

Hasil kajian ini didedahkan oleh pengkaji dari Universiti Michigan.

Mom's Mood, Baby's Sleep: What's The Connection?, Science Daily

Add a comment
Published in Penjagaan Harian
You are here