Anda rasa stres sebab
- bazir duit membelinya
- penat menelaah resipi dari buku dan internet kemudian duduk di dapur memasaknya{mosimage}
- risau tengok anak tak cukup makan, tak cukup khasiat.
Cuba tarik nafas dalam-dalam dan jangan marah kerana anak anda:
- mudah meniru gaya anda (termasuk sifat marah)
- tahu bila dia lapar/kenyang, dia akan minta makanan jika dia lapar.
- tidak akan biarkan dirinya kelaparan.a
Oleh itu:
- jangan ambil masa terlalu lama untuk menyediakan makanan.
- jangan terlalu mengharapkan anak anda menyukai makanan yang anda sediakan.
- jadikan masa makanan masa santai yang menyeronokkan untuk keluarga anda.
- elakkan paksaan. ingat, kanak-kanak tahu bila dia kenyang/lapar.
- beri anak makanan sedikit demi sedikit tetapi pelbagaikan makanan dalam pinggannya.
- gunakan pinggan khas yang tidak mudah pecah untuk anak anda.
- letakkan makanan di tengah-tengah meja makan, dan biar anak anda ambil sendiri.
- makanan yang tak dihabiskannya lebih baik dibuang daripada memaksa dia menghabiskannya.
- jangan berceramah tentang kanak-kanak yang kebuluran atau harga barang yang makin naik, anak anda belum memahaminya.
- jika anak anda mula membaling makanan, ambil pinggannya.
- jika dia lapar lagi nanti, beri dia snek yang menyihatkan.
- jangan lupa puji jika anak anda berkelakuan baik semasa makan.

