Displaying items by tag: Sirih
Monday, 21 July 2008 14:38

Menajamkan Bilah Gunting

Gunting yang tajam amat memudahkan kerja-kerja anda, tak kiralah gunting kain, gunting kertas atau gunting dapur. Untuk masalah gunting tumpul, cuba gunting helaian daun sirih satu persatu. Anda juga boleh mengasah gunting dengan menggunting botol menggunakan gunting tersebut. Lakukan 'guntingan' sebanyak yang mungkin. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula.
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Friday, 08 August 2008 09:43

Petua Anak Selsema, Gunakan Lendir Sirih

Kasihan melihat anak kecil selsema, lebih-lebih lagi jika dia sukar benafas. Anda boleh cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai daun sirih, tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

- Sumber: Petua Atuk Abah, Laman web Perpustakaan Negara Malaysia

Add a comment
Friday, 21 November 2008 11:53

Bila Bayi Tersedu

Hik! Hik! Hik! Kasihannya anak ibu tersedu...

Semasa bulan-bulan pertama selepas kelahirannya, adalah biasa jika melihat si kecil anda kerap tersedu.

Ketahui kenapa bayi kerap tersedu, bila anda perlu ke doktor dan kongsi petua untuk menghilangkannya...

Add a comment
Published in Bayi
Thursday, 07 April 2011 19:05

Daun Sirih Mengurangkan Parut Jerawat

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Add a comment
Published in Petua Anggun
You are here