Displaying items by tag: petua
Monday, 07 January 2008 11:52

6 Tip Kempiskan Perut

Masalah perut buncit, menggeleber agak kritikal, terutamanya selepas bersalin... amalkan panduan berikut untuk mengempiskan perut anda.. tanpa perlu belanja mahal....
Add a comment
Published in Jiwa Sihat
Tuesday, 04 September 2007 22:12

10 Cara Untuk Meningkatkan Imun

Percayakah anda sistem imun anda boleh ditingkatkan? 10 tip di bawah boleh anda amalkan supaya badan anda lebih sihat.
Add a comment
Published in Kesihatan
Kebanyakan wanita memilih beg tangan berdasarkan apa yang berkenan di hati. Tahukah anda beg tangan yang tidak sesuai boleh membuatkan penampilan anda kelihatan serba tidak kena. Gaya beg tangan yang bagaimana yang sesuai dengan bentuk badan anda?
Add a comment
Published in Kecantikan
Tuesday, 25 November 2008 09:10

Rempah Ratus dan Herba dalam Masakan

Rempah Herba

Keunikan rasa dan baunya membuatkan ia sering digunakan dalam masakan pelbagai bangsa. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan dan kecantikan, serta digunakan sebagai bahan awet semulajadi dan juga bahan kraftangan.

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Friday, 08 August 2008 09:43

Petua Anak Selsema, Gunakan Lendir Sirih

Kasihan melihat anak kecil selsema, lebih-lebih lagi jika dia sukar benafas. Anda boleh cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai daun sirih, tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

- Sumber: Petua Atuk Abah, Laman web Perpustakaan Negara Malaysia

Add a comment
Sunday, 13 January 2008 23:45

Bayi Bawah Setahun, Tidurkan Terlentang

Setelah dikaji kaji..rupanya tidur meniarap akan tingkatkan risiko SIDS (mati mengejut) kerana meniarap kan bagi tekanan kepada rahang dan akan sempitkan salur pernafasan. Bayi juga akan lebih cenderung untuk bernafas dengan udara berC02 yang di hembuskan terutama jika ada cadar, selimut di bahagian hidung. Setelah dikaji dan dapat bukti yang cukup, American Academy of peadiatric AAP pada tahun 1992, telah menyarankan bayi yang berumur kurang satu tahun, hendaklah ditidurkan secara terlentang,tidak lagi meniarap. Selepas saranan itu…kes kes SIDS menurun sebanyak 50%... - daribilikini.blogspot.com (pengamal perubatan)
Add a comment

‘Izzah atau yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk membina sahsiah anak sejak kecil.

Kajian mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah. Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.

Add a comment
Published in Asuhan Positif
Jika anda marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan. Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah. Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.
Petanda Mereka Memerlukan Perhatian Ibu Bapa, Blog@Pakuteh, taskakuntum
Add a comment
Published in Asuhan Positif
Thursday, 23 October 2008 12:13

Sesekali Apa Salahnya Anda Jadi Dinosaur

Jika anak anda main-main berlakon, apa salahnya anda turut serta sekali-sekala. Biar dia jadi 'Tuan Pengarah'. Tanya dia, anda boleh jadi apa. Mungkin dinosaur, tuan puteri, pokok yang boleh bercakap, pelanggan kedai atau nenek kebayan.

Dengan cara ini bukan sahaja anda boleh bergembira bersama anak-anak, anda juga boleh membantu anak anda meningkatkan keyakinan dirinya serta membina sikap-sikap kepimpinan dalam dirinya.

Add a comment
Published in Asuhan Positif
Wednesday, 22 October 2008 17:17

Bila Anak Tak Mahu Mendengar Nasihat...

Tidak susah sebenarnya untuk membuat anak-anak menghargai setiap nasihat dan mendengar kata-kata kita. Tetapi syaratnya kita perlu memberikan mereka balasan dengan mengisi tangki kasih sayang mereka. Apabila anak-anak kita sudah tidak mahu mengambil kisah tentang apa jua nasihat yang kita sampaikan, apa yang perlu kita lakukan ialah kita periksa terlebih dahulu tangki kasih sayang anak kita kerana berkemungkinan tangki kasih sayang mereka telah bocor.

Cuba renung kembali, mungkin kita pernah berjanji sesuatu dengan mereka tetapi masih belum kita tunaikan, mungkin juga ada sesuatu yang anak-anak kita ceritakan tentang perihal mereka di sekolah tetapi kita hanya diamkan sahaja, mungkin juga anak kita mendapat kejayaan-kejayaan tertentu, tetapi kita belum menghargai mereka. Mereka sebenarnya amat sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Seandainya kita sudah mengenal pasti penyebab mengapa tangki kasih sayang mereka bocor, maka ibu bapa perlu segera untuk mengisi kembali ruang yang bocor itu dengan kasih sayang kepada mereka.

- Ustaz Ahmad Syukri Yusoff, dalam Motivasi - Jangan Biarkan Tangki Kasih Sayang Bocor!, fitrahpower.com, September 12, 2008 

Add a comment
Published in Asuhan Positif
Page 6 of 9
You are here