Kesihatan, Keselamatan dan Perkembangan
Kesihatan, Keselamatan dan Perkembangan (49)
Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Pastikan berat beg galas anak anda tidak melebihi 10 peratus daripada keseluruhan berat badannya. Sekiranya boleh, pastikan beg galas anak tidak tergantung lebih daripada empat inci di bawah pinggangnya. Jika ia sudah melebihi sepatutnya, pastikan kedua-dua tali diketatkan bagi mencegah kesakitan leher dan belakang. - Kosmo
Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
Apa penyebab bayi kuning atau Neonatal jaundice dan apa pula perawatannya? Baca seterusnya.
Pelbagai persoalan tentang antibiotik. Sejarah, kenapa diambil, kesannya, bahayanya dan cara penggunaannya yang betul.
Apabila anak anda mengidap demam melebihi 39 darjah celcius anda tentu risau sekiranya mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits. Apatah lagi sekiranya anak mengalami kekejangan di hadapan mata...
Bayi yang menghidapi jaundis biasanya mengalami najis berwarna kekuningan atau kehijauan. Najis yang berwarna pucat di kalangan bayi yang mengalami jaundis merupakan tanda yang penting dan jika anda berpendapat najis bayi anda berwarna pucat, atau berwarna seakan-akan putih atau berwarna kelabu maka anda perlu menunjukkan sampel tersebut kepada doktor atau bidan.
Najis berwarna pucat boleh memberi maksud terdapat penyekatan saluran hempedu diantara hati dan usus kecil.
- Jaundis Neonatal, infosihat.gov.my
Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul bayi.
- Alan Greene MD FAAP, Baby Walkers, drgreene.org
Gunakan tilam yang rata dan keras untuk bayi. Penggunaan tilam air, tilam angin, bantal yang lembut tidak elok untuk keselamatan bayi. Ini kerana apabila bayi menukar posisi tidur dalam keadaan meniarap, mukanya boleh terbenam ke dalam tilam atau bantal yang lembut itu. Kesannya, mereka akan mengalami sesak nafas. - Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, Elak anak lemas tidur, Kosmo
Untuk mengelakkan BPA atau Bisphenol A daripada masuk ke dalam susu anak anda, amalkan langkah-langkah berikut:
- Elakkan botol plastik keras daripada jenis polycarbonate, yang mengandungi BPA. Sebaliknya, gunakan botol daripada gelas, atau plastik yang lebih lembut daripada jenis polyethylene, polypropylene, atau polyamide.
- Buang botol lama yang tidak lagi jernih atau bercalar. Bahan kimia boleh memasuki makanan bila plastik telah cacat.
- Jangan menuangkan air mendidih ke dalam botol.
- Jangan meninggalkan botol susu plastik di bawah terik matahari atau di dalam kereta yang berpanas.
- Are baby bottles toxic?, babyworld.co.uk