Saturday, 12 September 2009 23:48

Hukum Muntah Bayi

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Soalan:
Apakah hukum keatas muntah daripada bayi, jika terkena pakaian adakah ianya hanya perlu dibasuh ataupun tidak boleh dipakai terus?
Muhammad, UK

Jawapan:
Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena teteknya. Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.
Wallahua’lam

Ustaz Zuliadin, September 18, 2008
Muntah Bayi dan hukum suasa

Login to post comments
You are here