Kajian di Universiti Ben-Gurion (BGU), mendedahkan bahawa aktiviti ini memberi kesan terhadap perkembangan kanak-kanak. Bila pengkaji membandingkan pelajar sekolah rendah yang didedahkan dengan lagu bertepuk tangan ini dengan mereka yang tidak didedahkan dengan lagu sebegini, perbezaannya sangat ketara.
Dr Warren Brodsky, pakar psikologi muzik berkata penemuan ini mengesahkan bahawa apabila kanak-kanak tidak mendapat pendedahan terhadap aktiviti sebegini, mereka akan lebih mudah mengalami disleksia dan diskalkulia. Aktiviti ini melatih otak dan mempengaruhi perkembangan lain kanak-kanak.
Daripada pemerhatian Dr Idit Sulkin, dia menyedari bahawa kanak-kanak diperingkat awal sangat tertarik dengan lagu bertepuk tangan. Ia wujud secara semulajadi wujud pada kanak-kanak berumur lingkungan 7 tahun dan beransur hilang apabila mereka berumur 10 tahun. Dalam jangka waktu singkat ini, aktiviti menyanyi sambil bertepuk tangan ini sangat membantu dalam perkembangan emosi, sosiologikal, psikologi dan kognitif. Ia adalah masa peralihan yang membawa mereka ke fasa seterusnya dalam pembesaran mereka.
Antara lagu yang boleh dinyanyikan bersama anak-anak:
Jika Anda Gembira
Jika anda gembira, tepuk tangan
Jika anda gembira, tepuk tangan
Jika anda gembira, beginilah caranya
Jika anda gembira, tepuk tangan
Jika anda gembira, hentak kaki
Jika anda gembira, hentak kaki
Jika anda gembira, beginilah caranya
Jika anda gembira, hentak kaki
Jika anda gembira, kata Alhamdulillah
Jika anda gembira, kata Alhamdulillah
Jika anda gembira, beginilah caranya
Jika anda gembira, kata Alhamdulillah (ini versi kami ;-))
Ini versi Bahasa Inggeris
Rujukan:
Hand-Clapping Songs Improve Child’s Motor and Cognitive Skills, Rochelle Oliver
Tepuk Amai-amai

