Peruntukkan masa
- Baca buku untuk anak anda setiap hari, walaupun anak anda masih bayi.
- Anda boleh memilih masa sebelum dia tidur petang atau malam, selepas makan atau mana-mana masa yang anda fikirkan sesuai.
- Cuba untuk memilih masa yang sama pada setiap hari.
- Elakkan gangguan semasa membaca. Tutup radio, tv. Pilih tempat yang senyap.
- Berikan perhatian sepenuhnya semasa mengajar anak anda membaca.
- Selaraskan masa membaca sependek atau selama yang mungkin selagi anak anda berminat.
Nikmati saat menyeronokkan
- Duduk rapat dengan anak anda atau dudukkan dia di pangkuan anda.
- Kanak-kanak kecil suka dilayan oleh ibunya. Mereka suka mendengar suara ibunya.
- Bantu anak anda akan merasa yang membaca adalah masa yang menyeronokkan.
Pilih buku yang pendek dan ringkas.
- Baru lahir hingga 18 bulan
Bayi sukakan buku. Pilih buku daripada kain, plastik atau kertas tebal.
Gambarnya perlu ringkas dengan warna terang.
Beri anak anda sentuh dan memegang buku. - 18 bulan hingga 3 tahun
Mendengar ibu bercerita, dapat membantu kanak-kanak kecil membina kemahiran bahasanya.
Pilih buku dari kertas dengan kulit yang keras.
Biar anak anda memegang buku tersebut.
Dramatik perlu ada
- Gunakan suara yang menyeronokkan.
- Gunakan tona dan nada yang berlainan, tinggi dan rendah untuk menarik minat anak anda.
- Baca secara perlahan-lahan jadi anak anda dapat menghubungkan cerita anda dengan gambar di buku.
Ulang baca
- Kanak-kanak belajar apabila kita membacakan buku yang sama. Mereka suka mendengar, melihat dan merasa cerita yang sama dibacakan berulang-ulang.
Tunjuk gambar
- Tarik perhatian anak anda dengan menunjukkan dan menamakan gambar.
- Baru lahir hingga 18 bulan
Tunjuk dan katakan “Amal tengok ni, bola.” - 18 bulan sehingga 3 tahun
Tunjuk dan katakan “Iman tengok ni, bola besar.”
Anak anda sepatutnya akan kata, “bola” dan selepas itu “bola besar”

