Wednesday, 05 December 2007 21:37

Bacakanku Buku Ibu! (3-5 tahun)

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)

Umur 3 hingga 5 tahun anak anda semakin bijak berfikir. Ransang mindanya dengan membaca kepadanya.

Sebelum Anda Mula Membaca

  • Duduk dekat dengan anak anda atau pangku anak anda.
  • Baca tajuk, penulis dan nama pelukis.
  • Sambil menunjukkan kulit buku, minta anak anda teka. “Apa akan jadi dalam cerita ini?”. Anda juga boleh meneka. “Mungkin ia tentang...”
  • Ajar anak anda perkataan yang dia tahu/tidak tahu.
  • Hubungkaitkan cerita dengan pengalaman sebenar anak anda.

Semasa Anda Membaca

  • Minta anak anda teka apa akan jadi seterusnya. Selepas membaca beberapa mukasurat, tanya “Muhammad rasa apa akan jadi seterusnya?”. Selepas anak anda menjawab, katakan “Jom kita baca lagi dan tengok apa akan jadi...”
  • Tanya soalan.
  • Jawab soalan anak.
  • Baca dengan sungguh-sungguh, dengan gaya.
  • Gunakan nada suara yang berlainan.

Selepas Habis Membaca

  • Tanya soalan-soalan kepada anak anda:
    • “Dalam cerita tadi, apa yang keluar dari celah batu?”
    • “Bahagian mana yang paling Sarah suka?”
  • Lakukan aktiviti yang berkaitan dengan cerita tadi seperti:
    • Anda boleh minta anak anda ceritakan semula cerita dalam buku tersebut
    • Lukis gambar tentang cerita tersebut.
    • Hubungkaitkan cerita tersebut dengan pengalaman sebenar anak anda.
Last modified on Wednesday, 29 June 2011 06:29
You are here