Thursday, 28 February 2008 18:18

Buat Sendiri Kad Imbas untuk Anak Anda

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Anda boleh membuat sendiri kad imbas untuk anak anda. Bukan sahaja ia lebih menyeronokkan kerana anda dapat memilih objek kegemaran anak anda, malah anda pasti rasa teruja bila anak anda menghargainya.

{mosimage}Buat Sendiri Kad Imbas

  • Kumpul gambar dengan fakta-faktanya. Anda boleh mengambil gambar dari majalah-majalah atau katalog lama.

  • Setiap kad imbas dalam satu-satu set perlu mempunyai tema/subjek yang sama.

  • Gambar mesti besar, jelas, tanpa objek lain dan tanpa latarbelakang.

  • Potong kadbod dengan ukuran 11" x 11"; atau 8-1/2" x 11"

  • Lekatkan setiap gambar pada setiap kadbod.

  • Lekatkan label di belakang setiap kad. Fakta-faktanya boleh ditulis sekali di bawah label.

  • Lindungi kad dengan melaminakannya.
Last modified on Thursday, 28 February 2008 18:33
You are here