Tuesday, 04 March 2008 07:58

Buat Sendiri Playdough Anak Anda

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Kanak-kanak pra sekolah suka bermain playdough atau plastesin. Buat sendiri playdough bukan sahaja mudah, malah sangat murah berbanding membelinya.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum{mosimage}
  • 2 cawan air
  • 1 cawan garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar krim tartar
  • Pewarna makanan

Cara Membuatnya

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Gaul rata.
  • Masak di atas api kecil dan kacau sentiasa sehingga doh menjadi pekat seperti doh playdough/plastesin.
  • Tunggu sejuk sekejap dan uli sehingga licin.
  • Bahagikan kepada 4 bahagian.
  • Letak warna kesukaan anda 4-6 titik kepada setiap doh dan gaul rata.
  • Siap!
  • Anak anda pasti sukakannya.
  • Simpan di dalam bekas atau plastik kedap udara untuk memastikan ia tidak kering.
Last modified on Tuesday, 04 March 2008 08:07
You are here