Islam (17)
Children categories
FIQH WANITA
Salam sahabat-sahabat yang dikasihi, semoga anda sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH di mana jua anda berada. Saya pernah bertanya pada ibu-ibu waktu yg sesuai untuk menceritakan pada anak tentang seks kepada anak-anak. Jawapan yang saya terima agak memuaskan hati dengan rasa bersyukur kepada ALLAH kerana ramai ibu-ibu sekarang yang sudah celik dalam soal ini. Kalau 20 tahun yang lampau, jangankan si ibu nak bercerita, kalau si anak yang bertanya tentu mulutnya dah dicili.
| Add a comment |
Isu kebejatan sosial remaja di Malaysia semakin meruncing dari hari ke hari. Saban waktu, kita dihidangkan di dada-dada akhbar betapa pelbagai isu pergaulan sosial dan keganasan yang melampaui batas-batas kemanusiaan. Terkini, isu pembuangan bayi dan penyiksaan kanak-kanak bagaikan sebati berkumandang di telinga kita.
Pada waktu artikel ini ditulis, kurang lagi 2 jam dunia akan menyambut detik jam 12 malam yang menandakan bermulanya tahun 2010. Bermakna, kurang 2 jam juga lagi pelbagai fenomena kemaksiatan baru bakal berlaku di atas muka bumi dikala terujanya masyarakat menyambut pesta Tahun Baru.
| Add a comment |

Saudara kita sudah ramai yang pulang. Tokki mendahului. Tokwan mengikuti. Ayah long, mak ngah, pak uteh, makde, semuanya dah tak ada. Tinggal lagi kita. Berita tentang orang pulang jangan lagi dicerita. Mata udah puas melihat. Telinga udah puas mendengar dan mulut udah puas membaca. Anehnya kita macam ini juga. Tak rasa apa-apa. Alah!! yang perginya dia. Dah memang masa untuknya.
| Add a comment |
Soalan:
Saya mempunyai seorang kawan yang telah kematian anak semasa di dalam kandungan. untuk pengetahuan bayi tersebut telah cukup bulan dan menunggu hari sahaja untuk bersalin. tetapi, Allah lebih sayangkannya. persoalan saya, adakah anak tersebut diwajibkan aqiqah?
Jawapan:
Aqiqah tidak disunnatkan utk janin kerana Nabi S.A.W dgn jelas sebut
terjemahannya
"setiap ghulam (anak) tergadai dengan aqiqah.."
disebut ghulam bermaksud tidak untuk janin
dan dalam hadith lain:
terjemahannya
"disembelih baginya pada hari ketujuh"
yakni aqiqah ditetapkan jika bayi melepasi umur 7 hari...maka yg tak sampai 7 hari, maka tak adalah...
sekian
Tuan Hassan Tuan Lah, al-fikrah.net
| Add a comment |
Menggendong bayi dalam solat adalah antara hal-hal yg dibolehkan dalam solat.
Daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah saw pernah melakukan solat dgn membawa Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw. Ketika sujud, baginda meletakkannya; dan ketika berdiri, baginda menggendongnya.*
* HR Bukhari (516), Muslim (543) dan selainnya
[Rujukan: Shahih Fiqh Sunnah Jilid 1 ms 546]
Cara menggendong bayi dalam solat
- Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
- Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
- Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
- Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
- Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
- Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
- Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.
[Rujukan: Pelik Tetapi Benar dalam Solat, ms 48]
Daripada Abu Qatadah katanya,
"Bahawa Rasulullah
solat sedang cucunya, Umamah puteri Zainab, anak perempuan baginda, berada di atas belakangnya. Bila baginda rukuk, diletakkannya cucunya itu dan bila baginda berdiri daripada sujud diambilnya pula dan diletakkannya semula di atas belakangnya"
Kata Amir:
"Saya tidak menanyakan, solat apa yg dilakukan ketika itu" Sebaliknya Ibn JUraij berkata: "Saya diberitahu oleh Zaid bin Abu I'tab daripada Umar bin Sulaim, bahawa itu adalah solat Subuh"
(HR Ahmad dan Nasa'i)
Daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya katanya:
"Pada suatu ketika Rasulullah
keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar. Beliau membawa cucunya Hasan atau Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian bertakbir. Seterusnya baginda sujud, dan sujud itu sangat lama sekali hingga terangkat kepalaku. Rupa-rupanya aku lihat cucnya itu berada di atas belakang Rasulullah :saw, maka aku pun kembali sujud. Setelah selesai solat para jemaah di belakang bertanya: 'Ya Rasulullah
tadi sangat lama sekali anda sujud, hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan.' Ujar baginda
'Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggu nya hingga dia berasa puas bermain'"
(HR Ahmad, Nasa'i dan Hakim)
Berkata Imam Nawawi:
"Hadith ini menjadi alasan bagi mazhab Syafi'e dan yg lain yg sependapat dengannya, bahawa memang boleh membawa anak, biar lelaki atau perempuan begitupun lain-lain seperti binatang yg suci di dalam solat fardhu atau sunat, baik bagi imam mahupun makmum"
(Fiqhus Sunnah Jilid 1)
[Rujukan: Ust Abdul Rahman Mohamed, Pelik Tetapi Benar dalam Solat ms 48-49]
| Add a comment |
Kedudukan Solat Wanita di Belakang Imam Lelaki
Written by Ratuhati.comIsteri berdiri dibelakang suaminya yang menjadi imam.
Daripada Anas radhiyallahu 'anhu: "Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam menjadi imam bagi kami. Maka aku dan seorang anak yatim berdiri dalam saf di belakang Baginda. Dan perempuan tua itu dibelakang kami"
Muttafaqun 'Alaihi
Sumber: kacangbadam, al-fikrah.net
| Add a comment |
SOALAN:
ADA beberapa adat Melayu yang menjadi kemusykilan. Adat-adat tersebut masih diamalkan di sesetengah tempat. Antaranya:
- Seseorang (suami) perlu mencabut paku yang telah dipakunya di mana-mana tempat untuk menyenangkan isterinya untuk bersalin.
- Jangan belitkan kain tuala di leher, nanti anak yang keluar akan terbelit tali pusat di lehernya.
Apakah pandangan ustaz ke atas perkara ini menurut Islam?
| Add a comment |
Soalan :
Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai minyak wangi . Sebagai umat Islam, adakah salah sekiranya minyak wangi yang kita gunakan mengandungi alkohol, kerana ia bukan untuk diminum.
Bagaimana pula minyak wangi beralkohol itu digunakan ketika solat atau digunakan ketika keluar berjalan serta singgah solat dimana-mana surau? Saya ada mendengar solat yang saya lakukan dengan minyak wangi beralkohol tetap sah , sebab minyak wangi yang dijual dipasaran hari ini mengandungi alkohol yang rendah dan tidak mengapa sekiranya dibawa dalam solat.
Adakah benar dakwaan itu? Minta ustaz jelaskan kedudukan perkara sebenarnya.
Along, Politeknik Sultan Mizan
| Add a comment |
Kenapa Perubahannya Mendadak...
Pemanasan global, gempa bumi, taufan, tanah runtuh, tsunami, gunung berapi, banjir,kemarau, kurang penghasilan tanaman, harga barang naik, peperangan, rusuhan, perpecahan, maksiat, kejatuhan politik, ekonomi dan sosial dan lain-lain lagi...
Pencipta kepada Alam ini telah pun meyampaikan risalahNya kepada insan Al-Amin Al-Mustofa akan 'sign' atau tanda-tanda akan kehancuran Alam maya ini dipanggil Al-Qiamah.
Sayangnya insan manusia masih alpa leka dibuai keinginan rasukan nafsu dunia yang memperdaya. Mata mereka buta dalam keadaan melihat, pekak dalam keadaan mendengar, mati hati dalam keadaan jasad bernyawa sehingga tidak mendapat pengajaran dari Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Lelaki, wanita, tua, muda, miskin, kaya... Renunglah peristiwa-peristiwa:-
- Tsunami di Banda Acheh 26 Disember 2004 lihat video
- Hurricane 29 ogos 2005 di Amerika lihat video
Banyak lagi peristiwa yang berlaku setiap hari tetapi adakah mana-mana insan yang mahu mengambil iktibar pengajarannya. Kembalilah kepada maksud Yang Maha Pencipta mencipta manusia adakah untuk sia-sia?
| Add a comment |

Siapalah diri kita sebagai ummat akhir zaman yang lemah. Tahap agama kita begitu jauh berbanding Rasulullah dan para Sahabat Nabi. Kita menyambut Ramadhan tidak seperti mereka dahulu yang mana Ramadhan mereka lalui dengan pengorbanan dan bertungkus lumus dalam dakwah, taklim dan ibadah. Siang hari mereka berpuasa dengan mujahadah untuk mempertahankan Iman dan Islam. Peristiwa Badar Kubra berlaku pada bulan Ramadhan yang mana orang-orang Islam hanya berjumlah 313 berbanding orang musyrikin yang berjumlah 1,000 orang. Malam mereka berjaga sujud dan menangis di hadapan Allah untuk mencari bantuan dan RahmatNya. Alhamdulillah Allah memberi kemenangan pada orang-orang beriman.
Oleh itu apalah ertinya Ramadhan kita berbanding mereka. Sekurang-kurangnya rebutlah 10 hari yang terakhir dari Ramadhan untuk mencari Lailatur Qadar.
Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullah :" Bahawasanya telah diketahui Lailatul Qadar dengan permulaan Ramadhannya, maka jika awalnya itu pada hari Ahad atau Rabu maka jatuh lailatul qadar pada malam yang ke 19 , jika awalnya pada hari Isnin maka jatuh pada malam 21, jika awalnya Selasa atau Jumaat maka pada malam yang ke 27 dan jika awalnya pada Khamis maka jatuh pada malam ke 25 dan jika awalnya pada hari Sabtu maka jatuh Lailatul Qadar pada malam yang ke 23". Telah berkata Sheikh Abu Hassan As-syazali : "Dari mula-mula aku baligh hinggalah sekarang ini tiada aku terlepas dari memperolehi Lailatul Qadar dengan mengamalkan kaedah ini"
Para suami dan isteri, ibu dan bapa, lelaki dan wanita, anak-anak... kita ambillah peluang ini... siapalah kita yang penuh dosa ini, mohon taubatlah kepada Allah... kita penuh kefakiran kepada Allah... Hidayah petunjuk, hajat-hajat, kesempitan, kekurangan, sakit dan lain-lain lagi... Mohonlah kepada Yang Maha Kaya, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
| Add a comment |

