Displaying items by tag: Dengan
Thursday, 14 August 2008 18:35

Rangsang Deria Lihat Bayi dengan Warna

Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglihatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/ cat dinding/ warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.

- DR. RAHMAT HAROUN , Utusan Malaysia

Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Berkomunikasi dengan anak kecil boleh menjadi pengalaman yang mencabar. Anak kecil lingkungan umur 2-4 tahun kekurangan perbendaharaan kata, jadi kadang-kadang dia rasa sukar meluahkan perasaannya dan mungkin rasa kecewa bila anda tidak memahaminya.
Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Wednesday, 27 February 2008 19:00

Hati-hati Dengan Najis Kucing Jika Hamil

Jangkitan toxoplasmosis boleh menyebabkan kecacatan teruk kepada janin dan keguguran (terutama dalam trimester kedua). Bagi yang tidak memelihara kucing juga tidak bermakna mereka terlindung daripada penyakit ini. Ini bermakna amalan membersihkan tangan lebih penting agar sisa kuman ini tidak berpindah ke dalam sistem penghadaman anda dan menjangkiti anda serta kandungan. - Dr Adilah Ahmat, Musykil bela kucing, arnab jejas janin dalam kandungan, Harian Metro
Add a comment
You are here