Displaying items by tag: Memasak

Menulis resipi mungkin mudah, tetapi bagaimana dengan menulis resipi yang baik, dan jika diikuti dengan tepat, hasilnya masakan menjadi seperti yang diingini. Mari ikuti langkah-langkah ini ;-)

Add a comment
Published in Resipi
Saturday, 27 February 2010 02:01

Petua Meranumkan Avocado

Untuk meranumkan avocado, letak avocado di dalam beg kertas bersama dengan sebiji pisang. Biarkan selama 1 hingga 2 hari.

- petua daripada Chef Norzailina Nordin.

Add a comment
Published in Petua Memasak

Cara menyimpan, memasak dan menyediakan makanan perlulah betul supaya zat makanan dapat dikekalkan untuk keperluan tubuh badan kita.

Ketika menyediakan makanan:

  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dibuang kulit atau dipotong.
  • Elakkan membuang kulit atau memotong buah-buahan dan sayur-sayuran terlalu awal sebelum makan atau memasak.
  • Elakkan daripada merendam sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipotong di dalam air.
Semasa memasak makanan:
  • Gunakan air yang sedikit dan jangan masak terlalu lama.
  • Jika menggunakan air yang banyak untuk masakan yang berkuah, pastikan semua kuah dimakan bersama.
  • Tutup periuk atau kuali ketika memasak makanan.
Ketika menyimpan makanan:
  • Simpan makanan kering seperti biskut di dalam bekas yang kedap udara.
  • Simpan makanan segar di dalam peti ais.
sumber: infosihat.gov.my
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Monday, 30 July 2007 09:44

Pelbagai Cara Memasak Bubur Nasi Bayi

Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru...
Add a comment
You are here