Menyanyi Sambil Bertepuk Tangan Pengaruhi Kemahiran Motor dan Kognitif Kanak-kanak
Tepuk Amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Siang malam upah susu
Tepuk tangan, tepuk dan tepuk sambil menyanyikannya bersama anak anda. Ia bukan sekadar perbuatan biasa supaya anak rasa seronok dan terhibur, ia juga membantu perkembangan motor dan kognitif anak-anak.
| Add a comment |
Rangsang Bahasa Si Manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk
Oleh Hana Seman
Ibu bapa inginkan semua anak-anak mereka mahir berbicara. Namun kesuntukan masa terutama bagi ibu bapa yang bekerja menyebabkan masa berkualiti bersama anak-anak amatlah terhad. Kita juga bimbang tidak dapat membimbing tahap-tahap awal perkembangan anak-anak kita terutama dari segi perkembangan perbendaharaan kata mereka.
Saya ingin berkongsi tip-tip yang boleh kita aplikasi terhadap pembelajaran anak-anak kita walaupun kita sangat sibuk dengan urusan kerja.
| Add a comment |
Perkembangan Emosi Remaja
Dalam mencari identiti, remaja mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.
Apa yang ketara sekali para remaja cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana menganggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Disamping itu hubungan percintaan juga amat penting bagi remaja.
Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identiti kumpulan adalah identiti mereka.
- Sumber: psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com
| Add a comment |
Bagaimana Anda Boleh Membantu Perkembangan Bahasa Bayi
Penguasaan bahasa bayi berkembang secara semulajadi, bermula dari tangisan, bebelan yang anda tidak mengerti dan seterusnya percakapan yang boleh difahami. Namun, anda boleh merangsang perkembangan bahasa bayi anda dengan membantunya belajar tentang bunyi, perkataan dan maknanya. Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut...
| Add a comment |
Carta Perkembangan Bayi Sehingga 24 Bulan
Carta ini hanyalah panduan secara umum. Jangan bimbang jika bayi anda tercepat atau terlambat daripada carta ini. Berbincang dengan doktor jika anda risau akan perkembangan bayi anda.| Add a comment |
Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya
Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.
- Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail dalam artikel Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan tulisan Halina Mohd Noor, Berita Harian
| Add a comment |
Berapa Besar Bayi Anda Semasa Trimester Pertama

Perjalanan di alam rahim... dari sebesar biji sawi hingga sebesar limau nipis... ikuti 'dialog' bayi anda semasa trimester pertama kehamilan anda.
| Add a comment |
Ibu Mengandung Alami Tekanan Perasaan Boleh Pengaruhi Perkembangan Intelektual Bayi
Kajian menunjukkan tekanan perasaan yang dialami oleh ibu hamil akan memberi kesan kepada perkembangan intelektual bayi mereka nanti. Namun, tidak diketahui sama ada ia memberi kesan jangka panjang kepada fungsi kognitif.
Mereka (pengkaji) tidak dapat mengesahkan bagaimana ini boleh terjadi. Mereka 'mengesyaki' bahawa 'pendedahan kepada tekanan emosi yang tinggi boleh mengubah perkembangan saraf janin, dan memberi kesan kepada kebolehan tingkah-laku seseorang kanak-kanak.'
Reuters Health, New York, Sep 19, 2008
Ibu-ibu sedang hamil, ceria-ceria dan bergembiralah melalui 40 minggu nan indah ini...
| Add a comment |

