Pikat Suami, Pakailah Baju Merah
Warna merah cenderung dikaitkan dengan perasaan cinta yang membara, begitu juga sambutan Hari Kekasih dan beberapa upacara ritual seperti masyarakat India yang memilih warna merah sebagai busana pengantin mereka. Setelah melakukan lima ujikaji psikologi, seorang professor dan pelajar psikologi mendapati bahawa pakaian warna merah membuatkan seseorang lelaki rasa lebih tertarik kepada wanita tersebut berbanding warna-warna lain. Lelaki ini juga tidak perasan yang warna merah itu yang memainkan peranan dalam 'penggodaan' tersebut.
- Red Enhances Men's Attraction To Women, Psychological Study Reveals, ScienceDaily (Oct. 28, 2008)
| Add a comment |
Kepentingan Bermain untuk Anak
Hasil kajian menunjukkan bahawa bermain adalah sebahagian penting daripada proses perkembangan kanak-kanak. Ia membolehkan mereka belajar tentang diri mereka sendiri, persekitaran dan orang di sekeliling mereka. Ibubapa boleh menggalakkan pembelajaran dengan bermain bersama mereka. Antara nilai dipelajari melalui permainan termasuk mengawal diri, tolong-menolong dan berempati, menyelesaikan masalah dan kreativiti. Selain itu, bermain dengan anak juga membantu memupuk hubungan kasih sayang, keakraban, dan keyakinan anak terhadap ibubapa. Bermain adalah juga cara untuk memulihkan hubungan selepas pertelingkahan. - Luangkan Masa Bersama-sama Anak Prasekolah Anda, Dr Anjli Doshi-Gandhi, LPPKN| Add a comment |
Marah Dengan Anak? Jangan Tengking Tapi, Buat Begini...
Jika anda marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan. Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah. Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.Petanda Mereka Memerlukan Perhatian Ibu Bapa, Blog@Pakuteh, taskakuntum
| Add a comment |
Anak 1 hingga 3 tahun suka meneroka
ANAK kecil peringkat toddler berumur 12 bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) adalah kelompok yang sangat unik kerana dalam usia ini mereka baru belajar mengenal diri dan membangunkan kemahiran kendiri.
Peringkat ini juga adalah tahap pembangunan kedua usia anak kecil selepas bayi yang mana dalam tempoh ini, kanak-kanak ini mula belajar bertatih dan bertutur serta kemahiran kendiri lain.
| Add a comment |
Anak Hantukkan Kepala, Perlukah Saya Risau
| Add a comment |

