Rangsang Deria Lihat Bayi dengan Warna
Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglihatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/ cat dinding/ warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.
- DR. RAHMAT HAROUN , Utusan Malaysia
| Add a comment |
Rangsang Bahasa Si Manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk
Oleh Hana Seman
Ibu bapa inginkan semua anak-anak mereka mahir berbicara. Namun kesuntukan masa terutama bagi ibu bapa yang bekerja menyebabkan masa berkualiti bersama anak-anak amatlah terhad. Kita juga bimbang tidak dapat membimbing tahap-tahap awal perkembangan anak-anak kita terutama dari segi perkembangan perbendaharaan kata mereka.
Saya ingin berkongsi tip-tip yang boleh kita aplikasi terhadap pembelajaran anak-anak kita walaupun kita sangat sibuk dengan urusan kerja.
| Add a comment |

