Displaying items by tag: permainan
Thursday, 14 August 2008 18:35
Rangsang Deria Lihat Bayi dengan Warna
Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglihatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/ cat dinding/ warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.
- DR. RAHMAT HAROUN , Utusan Malaysia
| Add a comment |
Published in
Memandaikan Anak
Sunday, 15 June 2008 20:02
Layang-layang, Batu Seremban dan Sampan Boleh Jadikan Anak Bijak dan Kreatif
Ibu bapa kreatif biasanya mempunyai anak yang bijak berfikir. Kreativiti ibu bapa boleh mengalir ke dalam anak jika dipupuk sejak kecil.Namun yang lebih penting, ia boleh dijadikan bahan mengajar berkesan dan menyeronokkan, sama ada dalam bidang sains, matematik atau pemikiran logik.
Membuat layang-layang contohnya, perlukan keseimbangan antara kedua-dua belah kepak supaya ia boleh ‘terbang melayang’ apabila ditiup angin. Jadi di sini kita sebenarnya menerapkan konsep sains iaitu untuk keseimbangan.
Begitu juga dengan sampan kertas. Ia akan tenggelam jika ada kebocoran yang menyebabkan keseimbangan berubah.
Permainan batu seremban (yang kini dibuat dalam uncang kecil berisi kacang hijau) juga boleh dijadikan alat untuk merangsang otak kanak-kanak berfikir.
Selain mengira, kanak-kanak perlu membuat pilihan bijak untuk mengambil batu dalam susunan 1, 2 dan 3 supaya ketika batu diambil, jari tidak terkena batu lain.
Corak pendidikan tidak langsung dan menyeronokkan ini sepatutnya diterapkan ibu bapa ketika bersama anak supaya masa diluangkan itu menjadi lebih berkualiti, kata Pensyarah Universiti Bombay, Dr Vidula Mhaiskar ketika mengendalikan Bengkel Penghasilan Alat Permainan anjuran bersama Persatuan Untuk Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM) dan Nestle. - NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Kuatkan minda, Harian Metro
| Add a comment |
Published in
Memandaikan Anak

