Displaying items by tag: psikologi
Wednesday, 29 October 2008 10:17

Pikat Suami, Pakailah Baju Merah

Warna merah cenderung dikaitkan dengan perasaan cinta yang membara, begitu juga sambutan Hari Kekasih dan beberapa upacara ritual seperti masyarakat India yang memilih warna merah sebagai busana pengantin mereka.

Setelah melakukan lima ujikaji psikologi, seorang professor dan pelajar psikologi mendapati bahawa pakaian warna merah membuatkan seseorang lelaki rasa lebih tertarik kepada wanita tersebut berbanding warna-warna lain. Lelaki ini juga tidak perasan yang warna merah itu yang memainkan peranan dalam 'penggodaan' tersebut.

- Red Enhances Men's Attraction To Women, Psychological Study Reveals, ScienceDaily (Oct. 28, 2008)

Add a comment
Published in Suami Isteri
Friday, 29 February 2008 14:12

Kepentingan Bermain untuk Anak

Hasil kajian menunjukkan bahawa bermain adalah sebahagian penting daripada proses perkembangan kanak-kanak. Ia membolehkan mereka belajar tentang diri mereka sendiri, persekitaran dan orang di sekeliling mereka. Ibubapa boleh menggalakkan pembelajaran dengan bermain bersama mereka. Antara nilai dipelajari melalui permainan termasuk mengawal diri, tolong-menolong dan berempati, menyelesaikan masalah dan kreativiti. Selain itu, bermain dengan anak juga membantu memupuk hubungan kasih sayang, keakraban, dan keyakinan anak terhadap ibubapa. Bermain adalah juga cara untuk memulihkan hubungan selepas pertelingkahan. - Luangkan Masa Bersama-sama Anak Prasekolah Anda, Dr Anjli Doshi-Gandhi, LPPKN
Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Jika anda marah, kira sampai 20 dan tarik nafas panjang-panjang atau jauhkan diri daripada anak selama lima minit untuk meredakan kemarahan. Elakkan menengking anak kerana ia juga termasuk dalam perlakuan agresif dan boleh menyebabkan perasaan anak tersinggung. Anak akan belajar bahawa dia juga boleh menengking orang lain (termasuk ibu bapanya) apabila marah. Jika anak melakukan kesalahan, beritahu kesalahannya dan cara betul supaya kesalahan sama tidak diulang.
Petanda Mereka Memerlukan Perhatian Ibu Bapa, Blog@Pakuteh, taskakuntum
Add a comment
Published in Asuhan Positif
Wednesday, 21 May 2008 19:01

Anak 1 hingga 3 tahun suka meneroka

Tingkah laku aktif seperti memanjat dan membuat eksperimen sering disalahertikan ibu bapa yang mula beranggapan anak mereka nakal

ANAK kecil peringkat toddler berumur 12 bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) adalah kelompok yang sangat unik kerana dalam usia ini mereka baru belajar mengenal diri dan membangunkan kemahiran kendiri.

Peringkat ini juga adalah tahap pembangunan kedua usia anak kecil selepas bayi yang mana dalam tempoh ini, kanak-kanak ini mula belajar bertatih dan bertutur serta kemahiran kendiri lain.

Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Adakah anak anda menghantukkan kepalanya ke dinding atau lantai ketika marah? Perlukah anda risau?
Add a comment
Published in Asuhan Positif
You are here