
Pemilihan bahan bacaan dapat mempengaruhi peribadi anak-anak. Cerita dongeng dengan moral yang tidak baik, walaupun menggalakkan daya imaginasi anak-anak tetapi mungkin mempengaruhi dirinya, cara dia berfikir dan membuat keputusan. Bahan bacaan yang tepat pula membawa dia meneroka, menambah kosa kata dan mencipta memori indah buatnya.
| Add a comment |

DESA ATAU KOTA?
Tinggal di desa lebih bagus! Hutan batu hanya membuatkan anda lebih cenderung mengalami tekanan dan depresi. Haa... itulah kata para saintis, dan kita yang tinggal di kota ini pun, sudah lama tahu.
Para penyelidik mendapati, bahagian otak yang menguruskan hel-ehwal emosi dan perasaan, sangat mudah terkesan oleh persekitaran yang sesak. Penemuan ini membantu menjelaskan, mengapa penduduk bandar lebih kerap menghidap keresahan, depresi dan skizofrenia.
| Add a comment |

Anak siapa tidak suka mendengar cerita?
Memang sudah menjadi naluri manusia, suka mendengar cerita. Selain TV dan Internet, buku merupakan medium klasik yang membawa cerita. Kadang-kadang, anak yang sudah membaca pun suka kalau kita sendiri bacakan mereka buku.
| Add a comment |
Kacang Badam dipercayai megandungi substans unik yang mampu menguatkan daya ingatan. Substans ini dikatakan boleh memelihara fungsi otak dan menyembuhkan penyakit yang berpunca dari gangguan saraf. Ambil sepuluh hingga dua belas biji badam yang telah dibuang kulitnya dan rendamkan semalaman. Kisar menjadi pes halus dan makan begitu sahaja atau boleh juga dicampurkan dengan satu sudu kecil mentega. Menyedut sepuluh hingga lima belas titis minyak badam dengan hidung pada waktu pagi dan petang, juga bermanfaat dalam memulihkan kelemahan fikiran.
Sumber: Home Remedies, Amnesia
| Add a comment |

