Ratuhati.com

Ratuhati.com

Website URL: http://ratuhati.com/forum

Published in Ratuhati

Selamat Datang ke ratuhati.com. Laman web ini diwujudkan untuk ibu-ibu berkongsi ilmu dan pengalaman tentang keibubapaan, berkongsi cerita tentang anak-anak, dan berbagai-bagai lagi yang berkaitan. Kami memerlukan sokongan anda untuk sama-sama memeriahkan laman web ini. Selalulah layari ratuhati.com, dan berikan kami cadangan atau komen anda agar kami dapat memperbaikinya dari masa ke semasa. Dan... jangan lupa daftarkan diri anda sebagai sahabat@ratuhati untuk menikmati pelbagai kemudahan yang kami sediakan secara percuma!

Add a comment
Published in Islam

Soalan:

Saya mempunyai seorang kawan yang telah kematian anak semasa di dalam kandungan. untuk pengetahuan bayi tersebut telah cukup bulan dan menunggu hari sahaja untuk bersalin. tetapi, Allah lebih sayangkannya. persoalan saya, adakah anak tersebut diwajibkan aqiqah?

Jawapan:
Aqiqah tidak disunnatkan utk janin kerana Nabi S.A.W dgn jelas sebut
terjemahannya
"setiap ghulam (anak) tergadai dengan aqiqah.."

disebut ghulam bermaksud tidak untuk janin

dan dalam hadith lain:
terjemahannya
"disembelih baginya pada hari ketujuh"

yakni aqiqah ditetapkan jika bayi melepasi umur 7 hari...maka yg tak sampai 7 hari, maka tak adalah...

sekian

Tuan Hassan Tuan Lah, al-fikrah.net

Add a comment
Published in Islam

Menggendong bayi dalam solat adalah antara hal-hal yg dibolehkan dalam solat.

Daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah saw pernah melakukan solat dgn membawa Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw. Ketika sujud, baginda meletakkannya; dan ketika berdiri, baginda menggendongnya.*
* HR Bukhari (516), Muslim (543) dan selainnya

[Rujukan: Shahih Fiqh Sunnah Jilid 1 ms 546]

Cara menggendong bayi dalam solat

  1. Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
  2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
  3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
  4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
  5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
  6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
  7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.


[Rujukan: Pelik Tetapi Benar dalam Solat, ms 48]

Daripada Abu Qatadah katanya,

"Bahawa Rasulullah S.A.W solat sedang cucunya, Umamah puteri Zainab, anak perempuan baginda, berada di atas belakangnya. Bila baginda rukuk, diletakkannya cucunya itu dan bila baginda berdiri daripada sujud diambilnya pula dan diletakkannya semula di atas belakangnya"

Kata Amir:

"Saya tidak menanyakan, solat apa yg dilakukan ketika itu" Sebaliknya Ibn JUraij berkata: "Saya diberitahu oleh Zaid bin Abu I'tab daripada Umar bin Sulaim, bahawa itu adalah solat Subuh"
(HR Ahmad dan Nasa'i)

Daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya katanya:

"Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar. Beliau membawa cucunya Hasan atau Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian bertakbir. Seterusnya baginda sujud, dan sujud itu sangat lama sekali hingga terangkat kepalaku. Rupa-rupanya aku lihat cucnya itu berada di atas belakang Rasulullah :saw, maka aku pun kembali sujud. Setelah selesai solat para jemaah di belakang bertanya: 'Ya Rasulullah S.A.W tadi sangat lama sekali anda sujud, hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan.' Ujar baginda S.A.W 'Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggu nya hingga dia berasa puas bermain'"
(HR Ahmad, Nasa'i dan Hakim)

Berkata Imam Nawawi:
"Hadith ini menjadi alasan bagi mazhab Syafi'e dan yg lain yg sependapat dengannya, bahawa memang boleh membawa anak, biar lelaki atau perempuan begitupun lain-lain seperti binatang yg suci di dalam solat fardhu atau sunat, baik bagi imam mahupun makmum"
(Fiqhus Sunnah Jilid 1)

[Rujukan: Ust Abdul Rahman Mohamed, Pelik Tetapi Benar dalam Solat ms 48-49]

ummu_wijdan, al-fikrah.net

Add a comment
Published in Islam

Isteri berdiri dibelakang suaminya yang menjadi imam.

Daripada Anas radhiyallahu 'anhu: "Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam menjadi imam bagi kami. Maka aku dan seorang anak yatim berdiri dalam saf di belakang Baginda. Dan perempuan tua itu dibelakang kami"
Muttafaqun 'Alaihi

Sumber: kacangbadam, al-fikrah.net

Add a comment
Published in Islam

SOALAN:
ADA beberapa adat Melayu yang menjadi kemusykilan. Adat-adat tersebut masih diamalkan di sesetengah tempat. Antaranya:

  1. Seseorang (suami) perlu mencabut paku yang telah dipakunya di mana-mana tempat untuk menyenangkan isterinya untuk bersalin.
  2. Jangan belitkan kain tuala di leher, nanti anak yang keluar akan terbelit tali pusat di lehernya.

Apakah pandangan ustaz ke atas perkara ini menurut Islam?

Add a comment
Published in Islam

Soalan :

Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai minyak wangi . Sebagai umat Islam, adakah salah sekiranya minyak wangi yang kita gunakan mengandungi alkohol, kerana ia bukan untuk diminum.

Bagaimana pula minyak wangi beralkohol itu digunakan ketika solat atau digunakan ketika keluar berjalan serta singgah solat dimana-mana surau? Saya ada mendengar solat yang saya lakukan dengan minyak wangi beralkohol tetap sah , sebab minyak wangi yang dijual dipasaran hari ini mengandungi alkohol yang rendah dan tidak mengapa sekiranya dibawa dalam solat.

Adakah benar dakwaan itu? Minta ustaz jelaskan kedudukan perkara sebenarnya.

Along, Politeknik Sultan Mizan

Add a comment
Published in Islam

Soalan:
Apakah hukum keatas muntah daripada bayi, jika terkena pakaian adakah ianya hanya perlu dibasuh ataupun tidak boleh dipakai terus?
Muhammad, UK

Jawapan:
Hukumnya najis mutawassitah. Kena basuh seperti najis pertengahan yang lain iaitu hilang ketiga-tiga benda rasa, bau dan warna. Akan tetapi dimaafkan kepada ibu yang menyusu apabila terkena teteknya. Tidak perlu kepada penyucian seperti biasa kerana ianya menjadi rukhsah kepada ibu.
Wallahua’lam

Ustaz Zuliadin, September 18, 2008
Muntah Bayi dan hukum suasa

Add a comment
Published in Islam

al-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah (edisi Indon, Jld 1/130) menetapkan boleh. Jika tiada larangan dari AQ dan AsSunnah, maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu tidaklah haram ataupun makruh. al-Sayyid menggunakan fatwa Atha' bin Abi Rabah, seorang tabi'in yang lahir pada tahun 24H. (S/J Al-Ahkam.net)

Add a comment
Published in Islam

Bismillahirrahmanirrahiim

Muslimat adalah satu bahagian yang sangat penting dalam masyarakat hari ini. Mereka lebih ramai daripada kaum lelaki, mereka adalah isteri, mereka adalah ibu dan mereka juga pendidik. Baik mereka maka baiklah anak-anak, keluarga dan baiklah juga masyarakat serta negara. Muslimat berjasa besar dalam masyarakat. Orang lelaki tidak boleh hidup tanpa adanya muslimat.

Add a comment
Published in Petua Memasak

Untuk meranumkan avocado, letak avocado di dalam beg kertas bersama dengan sebiji pisang. Biarkan selama 1 hingga 2 hari.

- petua daripada Chef Norzailina Nordin.

Add a comment
Page 6 of 45
You are here