Displaying items by tag: Untuk
Sunday, 08 June 2008 14:46

Bayam Merah untuk Tekanan Darah Rendah

Bayam merah sangat bagus untuk mengubati penyakit tekanan darah rendah. Didihkan 2 liter air bersama bawang merah dan ikan bilis untuk lebih rasa. Masukkan bayam merah secukupnya. Rebus sehingga bayam masak. Makan sup ini bersama daun bayam tersebut selama 3 hari.
Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Friday, 29 February 2008 14:12

Kepentingan Bermain untuk Anak

Hasil kajian menunjukkan bahawa bermain adalah sebahagian penting daripada proses perkembangan kanak-kanak. Ia membolehkan mereka belajar tentang diri mereka sendiri, persekitaran dan orang di sekeliling mereka. Ibubapa boleh menggalakkan pembelajaran dengan bermain bersama mereka. Antara nilai dipelajari melalui permainan termasuk mengawal diri, tolong-menolong dan berempati, menyelesaikan masalah dan kreativiti. Selain itu, bermain dengan anak juga membantu memupuk hubungan kasih sayang, keakraban, dan keyakinan anak terhadap ibubapa. Bermain adalah juga cara untuk memulihkan hubungan selepas pertelingkahan. - Luangkan Masa Bersama-sama Anak Prasekolah Anda, Dr Anjli Doshi-Gandhi, LPPKN
Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Thursday, 12 June 2008 00:00

Bahasa Isyarat untuk Bayi

Lapar, mengantuk, nak lagi dan banyak lagi keinginan bayi sampaikan dengan cara menangis. Satu cara yang berkesan untuk mudah mengetahui keinginan bayi anda ialah dengan mengajarnya bahasa isyarat. Ajar perkataan yang biasa seperti makan, susu, tidur dan terima kasih dengan cara anda sendiri. Anda tak perlukan buku atau video atau sebarang manual. Gunakan signal yang anda cipta sendiri secara konsisten. - Imej: kiddley.com
Add a comment
Published in Asuhan Positif
Thursday, 28 August 2008 22:25

Minuman Perisa Buah untuk Kanak-kanak

Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis walaupun dalam senarai kandungannya selalu tertulis 100% pati oren, anggur atau epal. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, berikan anak-anak buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

- Buletin Pengguna, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional 

Add a comment

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Nota ratuhati:

  • Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan dengan kerap.
  • Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.

- sumber: melur.com

Nota ratuhati: Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan/perah dengan kerap.

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.

- sumber: melur.com

Nota ratuhati: Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan/perah dengan kerap.

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu
Senaman ini sedikit sebanyak dapat menyediakan diri anda semasa kelahiran nanti.
Add a comment
You are here