Displaying items by tag: anak
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.
Add a comment
Published in Kesihatan
Wednesday, 24 September 2008 01:09

Menggalakkan Anak yang Pelat Bercakap dengan Betul

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk merangsang anak pelat supaya dapat memperbaiki sebutannya ialah dengan kerapkan membaca buku kepadanya, bercakap dalam ayat yang pendek dan menggunakan perkataan yang mudah jadi tidak sukar untuk anak anda meniru percakapan anda. Pastikan anda menggunakan tatabahasa dan sebutan yang betul apabila berbual dengannya. Jika anak anda bercakap pelat, ulangi perkataan tersebut tanpa memintanya membetulkan sebutannya. Contohnya jika anak anda berkata "La wah je" (bola bawah meja), anda boleh 'menunjukkan' sebutan yang betul tanpa 'membetulkan'nya dengan menyebut "Ya, bola adik bawah meja"

- Tips dari: Speech and Language Developmental Milestones, National Institute on Deafness and Other Communication Disorders (NIDCD), www.nidcd.nih.gov

Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Friday, 29 February 2008 14:12

Kepentingan Bermain untuk Anak

Hasil kajian menunjukkan bahawa bermain adalah sebahagian penting daripada proses perkembangan kanak-kanak. Ia membolehkan mereka belajar tentang diri mereka sendiri, persekitaran dan orang di sekeliling mereka. Ibubapa boleh menggalakkan pembelajaran dengan bermain bersama mereka. Antara nilai dipelajari melalui permainan termasuk mengawal diri, tolong-menolong dan berempati, menyelesaikan masalah dan kreativiti. Selain itu, bermain dengan anak juga membantu memupuk hubungan kasih sayang, keakraban, dan keyakinan anak terhadap ibubapa. Bermain adalah juga cara untuk memulihkan hubungan selepas pertelingkahan. - Luangkan Masa Bersama-sama Anak Prasekolah Anda, Dr Anjli Doshi-Gandhi, LPPKN
Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Kaedah Glen Doman untuk mengajar matematik ni nampaknya menarik. Tak sabar nak ajar kakak besok. Tapi maaf, bahasa Indonesia :-)
Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Ibu-ibu yang sedang melatih anak ke tandas mungkin kadang-kadang hadapi masalah membawa anak kecil mereka ke tandas. Mungkin dia bosan kerana terlalu kerap di bawa ke tandas. Salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk memujuknya ialah dengan memintanya membawa anak patung kesayangannya membuang air.
Add a comment
Sunday, 28 September 2008 21:04

Keperluan Kalori Anak Ikut Berat Badan

Sebagai panduan puan dalam memastikan jumlah kalori yang diperlukan mencukupi bagi pembesaran anak puan, gunakan pengiraan yang mudah ini:

Sekiranya anak puan mempunyai berat badan 10 kilogram (kg) ke bawah, ia memerlukan sebanyak 100kcal/kg sehari. Setiap kilogram pertambahan berat badan daripada 10 kg, tambahan kalori sebanyak 50kcal/kg sehingga berat badan mencecah 20 kg. Sekiranya berat badan melebihi 20 kg, pertambahan kalori bagi setiap kilogram berat selepas 20 kg ialah 20kcal/kg.

Sumber: PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab, pakar Kanak-kanak dalam "anak enggan minum susu", Harian Metro
Add a comment
Tuesday, 09 September 2008 16:42

Elakkan Bau yang Berbahaya untuk Anak Kecil

Anda digalakkan untuk merangsang deria anak kecil termasuklah deria baunya. Namun berhati-hati dengan bau yang berbahaya dan menyengat seperti bau daripada cat, gam, dan sesetengah pati minyak. Bunga pula boleh dilihat tetapi jangan biarkan anak anda menghidunya terlalu rapat kerana debunga pada bunga mungkin boleh menyebabkan alahan.
Add a comment
Friday, 08 August 2008 09:43

Petua Anak Selsema, Gunakan Lendir Sirih

Kasihan melihat anak kecil selsema, lebih-lebih lagi jika dia sukar benafas. Anda boleh cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai daun sirih, tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

- Sumber: Petua Atuk Abah, Laman web Perpustakaan Negara Malaysia

Add a comment
Friday, 17 October 2008 00:00

Walker Tidak Merangsang Anak Cepat Berjalan

Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul bayi.

- Alan Greene MD FAAP, Baby Walkers, drgreene.org

Add a comment
Tuesday, 10 June 2008 00:23

Elakkan BPA Daripada Botol Susu

Untuk mengelakkan BPA atau Bisphenol A daripada masuk ke dalam susu anak anda, amalkan langkah-langkah berikut:

  • Elakkan botol plastik keras daripada jenis polycarbonate, yang mengandungi BPA. Sebaliknya, gunakan botol daripada gelas, atau plastik yang lebih lembut daripada jenis polyethylene, polypropylene, atau polyamide.
  • Buang botol lama yang tidak lagi jernih atau bercalar. Bahan kimia boleh memasuki makanan bila plastik telah cacat. 
  • Jangan menuangkan air mendidih ke dalam botol.
  • Jangan meninggalkan botol susu plastik di bawah terik matahari atau di dalam kereta yang berpanas.
- Are baby bottles toxic?, babyworld.co.uk
Add a comment
Page 1 of 5
You are here