Displaying items by tag: madu
Friday, 05 December 2008 07:39

Sukar Tidur Malam? Minumlah Susu

Jika anda sukar untuk tidur malam, minumlah segelas susu suam, lebih baik lagi jika dicampurkan dengan sedikit madu. Sumber tenusu mengandungi tryptophan, yang membantu kita untuk tidur. Lain-lain makanan yang mengandungi trytophan termasuklah ayam, pisang, oat dan madu.

Sumber: Foods That Help or Harm Your Sleep, WEBMD
Gambar: Getty Images

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Thursday, 19 July 2007 13:25

Wanita Dingin Seks Selepas Melahirkan

Bagi wanita yang dingin seks selepas melahirkan, amalkan petua berikut. Sedikit jintan manis dan 8 butir lada hitam ditumbuk halus, kemudian dicampur dengan 2 biji kuning telur dan 2 sudu makan madu. 1 lembar daun betik diramas dan diambil airnya. Minum campuran kesemua ramuan ini satu sudu seminggu sekali.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Tuesday, 04 September 2007 22:12

10 Cara Untuk Meningkatkan Imun

Percayakah anda sistem imun anda boleh ditingkatkan? 10 tip di bawah boleh anda amalkan supaya badan anda lebih sihat.
Add a comment
Published in Kesihatan
Friday, 17 October 2008 00:00

Resipi Kejayaan Azali dalam Peperiksaan

Azali Azlan merupakan pelajar cemerlang SPM 2007 dengan keputusan 20 A1. Azali berkata dia melakukan solat hajat dan berpuasa sepanjang peperiksaan berlangsung, dia juga makan kurma dan minum minuman madu untuk tenaga sepanjang hari.

Azali mengambil banyak subjek untuk membuktikan kepada dirinya sendiri yang dia mampu melakukannya.

Azali berkata, dia berterima kasih kepada semua guru-gurunya daripada tadika sehingga sekolah menengah.

"Kejayaan ini bukan milik saya tanpa bantuan ibubapa dan semua guru."

- Azali, 17 tahun, Pelajar Cemerlang SPM 2007 dalam The Star

Add a comment
Published in Asuhan Positif
Friday, 10 October 2008 04:39

Madu, Adakah Selamat untuk Bayi Anda?

Madu merupakan makanan kesihatan yang paling popular. Namun begitu ia tidak disarankan untuk bayi anda yang berusia dibawah satu tahun. Ini kerana madu mengandungi Clostrium botulinum yang boleh mengakibat bayi anda maut. Saluran penghadaman bayi tidak mampu menghalang pertumbuhan spora botulism ini yang boleh menghasilkan toksin. Kanak -kanak yang berumur satu tahun keatas boleh memakannya dengan selamat.
pakarpemakanan.wordpress.com
Add a comment
Wednesday, 20 April 2011 18:45

Topeng Labu untuk Kulit Sensitif

Buang kulit labu dan rebus hingga empuk. Tunggu ia sejuk kemudian kisar dengan 1/2 sudu teh madu atau susu. Tambah 1/2 sudu teh gula perang jika kulit anda jenis kering atau 1/2 sudu teh cuka cedar epal jika kulit anda berminyak. Sapukan mask pada kulit muka dan elakkan bahagian mata dan mulut. Biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya. Amalkan untuk kulit cerah dan licin.

Labu kaya dengan kandungan vitamin A, C dan Zink yang bagus untuk kulit sensitif. Vitamin dan pelembab dalam buah labu membantu mengurangkan kerosakan kulit.

Add a comment
Published in Petua Anggun

Ambil putih telur dan campurkan dengan sedikit madu (untuk kulit biasa) atau limau nipis (untuk kulit berminyak). Celupkan tisu ke dalam putih telur dan oleskan ke seluruh muka selama 15 - 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. 'Whitehead' dan 'blackhead' akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan yang memuaskan.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Saturday, 09 April 2011 03:38

Kelopak Ros untuk Sakit Tekak

Ramas kelopak bunga ros. Rebus bersama segelas penuh air. Tapis dan perisakan dengan madu. Hirup perlahan semasa masih suam. InshaAllah berkesan melegakan sakit tekak.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Saturday, 09 April 2011 03:14

Supaya Badan Langsing

Ramuan; halia, telur ayam kampung dan madu. Halia dalam anggaran 1 inci hendaklah ditumbuk halus, kemudian masukkan ia ke dalam segelas air. Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap. Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan 2 sudu madu lebah.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Saturday, 09 April 2011 03:01

Menghilangkan Batuk Biasa

Ramuannya; bawang putih dan madu. Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus. Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ramuan ini empat kali sehari. Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm untuk sekali makan. Amalkan selama 3 hingga 7 hari.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
You are here