10 Cara Untuk Meningkatkan Imun
| Add a comment |
Keperluan Kalori Anak Ikut Berat Badan
Sebagai panduan puan dalam memastikan jumlah kalori yang diperlukan mencukupi bagi pembesaran anak puan, gunakan pengiraan yang mudah ini:Sekiranya anak puan mempunyai berat badan 10 kilogram (kg) ke bawah, ia memerlukan sebanyak 100kcal/kg sehari. Setiap kilogram pertambahan berat badan daripada 10 kg, tambahan kalori sebanyak 50kcal/kg sehingga berat badan mencecah 20 kg. Sekiranya berat badan melebihi 20 kg, pertambahan kalori bagi setiap kilogram berat selepas 20 kg ialah 20kcal/kg.
Sumber: PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab, pakar Kanak-kanak dalam "anak enggan minum susu", Harian Metro
| Add a comment |
Galakkan Anak Cuba Makanan Baru
Kajian menunjukkan adakalanya kanak-kanak perlu didedahkan kepada 10 hingga 15 kali makanan baru sebelum mereka mula menerima makanan tersebut.
Kajian oleh Contento dan rakan sepasukannya menyokong menyatakan kanak-kanak boleh menerima satu-satu pilihan makanan jika mereka diberi peluang.
Malangnya, ramai ibu bapa yang bertindak memaksa anak-anak dalam bab pemakanan. Usah memaksa anak jika anak tidak menggemarinya, sebaliknya anda boleh pelbagaikan makanan itu kepada bentuk lain.
Contohnya, daripada memaksa anak menikmati sayuran lobak merah, anda boleh menyediakan jus segar.
- Selera Mewah si Kecil, Kosmo
| Add a comment |
Berapa Banyak Bayi Makan
| Add a comment |
Anak Saya Tak Cukup Makan ke?
| Add a comment |
Ibu Hamil dan Menyusu Badan Makan Makanan Rapu Boleh Buatkan Anak Obes
Mengikut kajian yang dijalankan di London, ibu hamil dan menyusukan anak yang kerap makan makanan rapu (junk food) boleh menyebabkan anak mereka lebih berisiko untuk menjadi obes. Kajian itu juga menyarankan ibu-ibu hamil dan menyusu badan mengurangkan makanan berlemak, manis dan masin dalam pemakanan mereka. Tabiat pemakanan ibu-ibu ini akan mempengaruhi deria rasa dan kawalan selera bayi mereka sehingga sukar untuk ibubapa mengajar anak-anak mereka ini tentang pemakanan sihat setelah mereka pandai memilih makanan sendiri nanti.
Sumber: Eating Junk Food While Pregnant And Breastfeeding May Lead To Obese Offspring, ScienceDaily (Aug. 15, 2007)
| Add a comment |
Banyak Makan Sayur Jika Anda Menyusu
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu.
"Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.
Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.
| Add a comment |
Amalkan Pemakanan Sihat untuk Anak Anda
Ramai ibu-ibu setuju, pemakanan yang sihat sangat penting kepada keluarga. Namun begitu, ramai juga yang beranggapan, pemakanan sihat sukar diamalkan dalam keluarga, terlalu banyak cabarannya. Jadual yang sibuk, anak makan memilih, pengaruh media serta persekitaran dan pelbagai lagi masalah membuatkan ramai ibu terpaksa akur dan menutup sebelah mata dengan memberikan keluarga mereka makan makanan yang tidak berkhasiat.
| Add a comment |
Amalan Pantang Masyarakat Melayu
Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu biasanya dijalani oleh ibu selepas bersalin selama 44 hari dan ada juga sehingga 100 hari. Dalam masa ini beberapa perkara perlu dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang bagi memastikan ibu sihat seperti sediakala.
| Add a comment |
Ibu hamil digalak makan ikan, epal
Kajian mendapati kanak-kanak yang ibu mereka makan banyak epal ketika hamil kurang berisiko untuk mengalami masalah sukar bernafas atau asma dan kanak-kanak yang ibu mereka memakan ikan sekali atau lebih dalam seminggu pula kurang berisiko mengalami ‘eczema’ berbanding kanak-kanak yang ibu mereka tidak memakan banyak epal dan ikan. Kajian tidak mendapati sebarang kesan perlindungan asma atau penyakit alahan dari banyak makanan lain termasuk sayur, jus buah-buahan, buah-buahan limau atau kiwi, produk gandum, lemak dari produk tenusu atau majerin atau bahan rendah lemak lain. - Berita Harian, 22 Mei 2007| Add a comment |

