Penjagaan Harian (30)
Ibu Alami Tekanan Perasaan Sebelum dan Semasa Hamil, Bayi Cenderung Alami Masalah Tidur
Written by Penulis
Bayi yang ibunya mengalami tekanan perasaan sebelum mula hamil, atau semasa hamil, lebih mudah mengalami gangguan pola tidur sepanjang 6 bulan pertama kelahirannya berbanding bayi yang emosi ibunya tenang sebelum dan sepanjang kehamilan.
Bayi ini lebih cenderung tidur pada siang hari, sukar untuk tidur pada malam hari, dan terjaga lebih kerap pada malam hari. Ini dikatakan insomnia bagi bayi. Masalah tidur bayi ini bukan hanya membuatkan ibubapa tidak dapat tidur secukupnya, ia juga menyumbang kepada tekanan perasaan bayi tersebut apabila dia dewasa.
Oleh itu, penting untuk bayi dan ibubapa mendapat tidur secukupnya.
Bulan-bulan pertama kelahiran, adalah ibarat kem latihan untuk tidur bayi pada masa akan datang. Badan dan minda bayi perlu dilatih untuk memahami yang dia perlu tidur bila gelap, dan berjaga bila terang - ini adalah asas 'circadian rhytm' yang menentukan waktu tidur seseorang sepanjang hidupnya. Ia juga menetapkan 'jam biologi' bayi sejak dari awal.
Hasil kajian ini didedahkan oleh pengkaji dari Universiti Michigan.
Mom's Mood, Baby's Sleep: What's The Connection?, Science Daily
| Add a comment |
Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya
Written by PenulisBayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.
- Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail dalam artikel Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan tulisan Halina Mohd Noor, Berita Harian
| Add a comment |
Susu ibu bersama cekur manis untuk lebatkan rambut bayi
Written by Penulis
Mungkin petua ini berguna untuk anda melebatkan rambut bayi anda. Ambil 4 atau 5 helai daun cekur manis dan tumbuk hingga halus. Kemudian gaulkan bersama sesudu perahan susu ibu. Lumurkan campuran tadi ke atas kepala bayi. Biarkan sehingga kering sebelum dibasuh. Amalkan 3 hari berturut-turut. InsyaAllah rambut bayi akan cepat tumbuh, lebat dan panjang.
- kredit kepada zuera, ibu yahoogroups yang memetik daripada majalah Pa&Ma
| Add a comment |
Anda boleh membuatkan waktu mandi lebih menyeronokkan. Nyanyi kepada bayi anda semasa memandikannya dari mula lagi. Bila dia sudah sedikit besar, berikan dia permainan yang sesuai untuk dibawa mandi bersama. Permainan daripada getah seperti itik atau katak dan juga bola pantai antara yang sesuai dan dapat menceriakan lagi waktu mandi bayi anda.
| Add a comment |
| Add a comment |
Pilih saiz kasut yang sesuai dengan kaki anak anda. Jika terlalu besar, dia rasa tidak selesa dan mudah tersungkur atau jatuh. Jika terlalu kecil, kakinya mungkin akan membengkok. Sarungkan anak anda kasut yang ingin dibeli dan biarkan dia berjalan ke seluruh kedai. Pastikan dia selesa memakainya. Waktu yang sesuai membawa anak anda membeli kasut, adalah waktu petang.
| Add a comment |
Untuk memudahkan anda memisahkan anak anda daripada menggunakan botol susu, pastikan daripada mulalagi jangan jadikan botol susu sebagai penenang atau pacifier (puting kosong). Jangan beri anak anda membawanya ke katil. Dengan cara ini, anak anda tahu yang ia adalah bekas minuman, bukan penenang, dan memudahkan anda untuk menukarkan botol susu kepada cawan sebagai bekas minuman. Menjadikan makanan sebagai penenang juga boleh mengakibatkan banyak masalah pemakanan yang lain.
| Add a comment |
Ada beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sedia untuk tidur seperti: - menggosok-gosok mata,
- menguap,
- menggaru-garu kepala,
- asyik melihat ke arah lain,
- meragam
| Add a comment |
Amalkan melakukan rutin tiga-langkah waktu tidur. Caranya, mandian air suam atau mengelap bayi dengan menggunakan kain lembap suam, kemudian lakukan urutan lembut untuk merehatkan bayi dan diakhiri dengan aktiviti waktu tidur bayi yang sunyi seperti menyanyi, bercerita atau bercakap dengan perlahan.
"Tujuan utama tiga langkah ini diwujudkan adalah untuk memudahkan bayi menikmati waktu tidur malam yang berkualiti tanpa ada sebarang gangguan".
- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo semasa kempen Ibu untuk Waktu Tidur Si Manja..
| Add a comment |
Waktu tidur bayi yang baru lahir adalah selama 16 hingga 20 jam, manakala bayi yang berusia dua hingga tiga bulan menikmati waktu tidurnya lebih kurang 12 hingga 14 jam. "Ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya mendapati bayi mereka tidur dengan lebih lama kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Semakin meningkat usia seorang bayi, semakin berkurangan waktu tidur pada siang harinya".
- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo
| Add a comment |

