Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya
Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.
- Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail dalam artikel Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan tulisan Halina Mohd Noor, Berita Harian
| Add a comment |
Halba dan Jintan Hitam untuk Menambahkan Susu Badan
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.
Nota ratuhati:
- Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan dengan kerap.
- Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
| Add a comment |
Air Longan Menambahkan Susu Badan
Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
Nota ratuhati: Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan/perah dengan kerap.
| Add a comment |

