Error
  • JUser::_load: Unable to load user with id: 69
Penjagaan Harian
Penjagaan Harian

Penjagaan Harian (30)

Saturday, 01 March 2008 18:53

Kenapa Kita Jatuh Hati Pada Bayi

Written by Penulis

Berbagai teori dikemukakan ahli sains (termasuk Darwin) dalam hal ini. Satu kajian yang diketuai Morten Kringelbach dan Alan Stein dari Universiti Oxford mendedahkan hasil kajian mereka bahawa satu bahagian daripada otak manusia yang dipanggil 'medial orbitofrontal cortex' akan menjadi sangat aktif sebaik 1/7 saat mereka melihat wajah bayi yang tak mereka kenali. Ia tidak berlaku kepada wajah orang dewasa. - Sciencedaily.com, Why Do We Love Babies? Parental Instinct Region Found In The Brain (gambar: iStockPhoto/Aldo Murillo)

Add a comment
Friday, 29 February 2008 08:18

Menghilangkan Kesan / Kerak Susu Dalam Botol

Written by Penulis
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya di dalam air panas, ini ada satu cara yang baik. Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang. Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. Insya’allah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati. - nasron.wordpress.com
Add a comment
Thursday, 14 February 2008 01:55

Usia 2 Tahun, Mengamuk, Panas Baran

Written by Penulis
Kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.  Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya. - Tabiat di Kalangan Kanak-kanak, Hamidarsyat.com
Add a comment
Saturday, 02 February 2008 22:32

Pola Tidur Bayi Pada Hari Pertamanya

Written by Penulis

Bayi akan berjaga sebaik lahir sehingga 2 jam (penting untuk anda berikan susu ibu semasa ini), Selepas itu, hampir seharian dia akan tidur nyenyak (2-20+ jam) dan dia akan kerap terjaga (20-24 jam).

Add a comment
Monday, 07 January 2008 01:16

Anak Anda Belum Sedia Lagi ke Tandas

Written by Penulis

Anak anda belum bersedia lagi untuk latihan ke tandas apabila dia menunjukkan reaksi antaranya seperti berikut: 

  • Duduk di lantai bilik air,
  • Menangis dan enggan diajak ke tandas,
  • Tidak kisah memakai lampin yang basah dan bernajis, dan
  • Jerit "NO POTTY!"
- webmd
Add a comment
Tuesday, 01 January 2008 11:17

Ruam Lampin? Cuba Baking Soda

Written by Penulis
Baking soda bukan hanya untuk membuat roti atau kek. Sifat alkalinya membuatkan ia sesuai digunakan untuk meneutralkan sifat asid sesuatu permukaan termasuk ruam bayi. Masukkan 2 sudu baking soda ke dalam air mandian bayi yang suam. Mandikan bayi selama 10 minit.
Add a comment
Wednesday, 19 December 2007 12:35

200 kali baru lekat

Written by Penulis
Anak kene mendengar pesan ibubapa 200 kali sebelum pesanan tu melekat dalam mindanya... Jangan jemu pesan kepada anak, setiap hari.. Dato Dr Haji Fadzillah Kamsah
Add a comment
Tuesday, 18 December 2007 17:54

Jangan takutkan dia...

Written by Penulis
Pendidikan yang berbentuk ancaman dan menakut-nakutkan anak dengan hantu atau momok akan membuatkan mereka gentar mencuba sesuatu. Perasaan takut itu boleh terbawa-bawa hingga dewasa dan membuat mereka menjadi kurang yakin untuk mencuba pengalaman baru. - Dr Noor Aziah Mohd Saari, Pakar Kanak-Kanak, KBMC
Add a comment
Tuesday, 18 December 2007 12:22

Bantal dan Tilam Empuk Bahaya

Written by Penulis
Bantal dan tilam yang terlalu empuk seperti yang diperbuat daripada kekabu berisiko mengakibatkan kejadian lemas kepada kanak-kanak ketika tidur kerana strukturnya terlalu empuk yang boleh membenamkan sebahagian kepala mereka terutamanya jika ditidurkan dalam keadaan meniarap menyebabkan muka mereka menghadap tilam. - Pengarah Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM)
Add a comment
Sunday, 16 December 2007 23:00

Hias Bilik Sikecil - Warna Main Peranan

Written by Penulis
Warna memainkan peranan penting dalam mereka bentuk ruang untuk sikecil. Lukisan mural dengan warna yang terang dan menarik pada dinding dapat membantu menggalakkan kreativiti kanak-kanak dan merangsang minda serta fizikalnya.
Add a comment
Page 2 of 3
You are here