Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu (79)

Saturday, 23 February 2013 04:11

Kaedah Power Pumping

Written by Ratuhati.com

Power pumping adalah kaedah mengepam yang berbeza daripada biasa. Ia boleh membantu untuk merangsang semula pengeluaran susu bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum atau jika ingin menambahkan stok susu perahan.

Untuk Siapa?

  • Ibu angkat yang mahu menyusukan anak
  • Ibu yang mahu relaktasi - menyusu semula selepas anak berhenti menyusu badan
  • Ibu yang menghadapi masalah supply susu merudum akibat pelbagai faktor
    Add a comment
Tuesday, 19 February 2013 09:53

Menyusukan Si Manja Semasa Hamil

Written by Nora Herni

Penyusuan semasa hamil, adakah boleh ataupun mustahil?

Jawapannya, ya dan juga tidak. Ini kerana, proses menjayakannya bukan sahaja bergantung pada usaha dan persediaan ibu sebelum hamil, malah juga persekitaran, dan paling penting, kesihatan ibu dan bayi yang dikandung itu sendiri.

Ada beberapa kes yang saya kendalikan, ibu dan bapa menerima berita gembira yang 'mengejutkan', iaitu akan bertambahnya cahaya mata tanpa dirancang. Lalu benarlah, kita ini hanya merancang, namun perancangan Allah itu semestinya yang terbaik dan berhikmah.

Add a comment

Ada ibu yang risau. Susu perahannya nampak cair berbanding dengan susu formula. Kata orang tua, susunya kurang khasiat. Tidak cukup lemak. Jangan risau ya ibu-ibu, susu ibu terbaik. Kandungan lemaknya lebih tinggi daripada susu-susu lain. Tidak percaya?

Add a comment

Selain daripada masalah kurang susu, masalah bengkak susu juga selalu menjadi penyebab ibu berputus asa dalam penyusuan. Ini kerana kesakitan yang dialami akibat daripada bengkak susu tadi boleh menyebabkan ibu trauma. Oleh itu, amat penting bagi ibu untuk tahu dan ambil tahu bagaimana cara untuk mengelak berlakunya bengkak susu ini.

Bengkak susu ini berlaku apabila susu peralihan telah mengambil tempat di dalam payudara yang mana keadaan ini selalunya ibu-ibu akan kata susu sudah datang atau susu sudah ada.

Add a comment
Sunday, 07 March 2010 04:04

Anak Tidak Mahu Botol Susu

Written by Nora Herni

Oleh: Nora Herni Abdul Rahim

Akhir-akhir ini, saya kerap menerima persoalan berkaitan bagaimana mahu memperkenalkan botol kepada si kecil yang sudah pandai memilih dan membezakan puting. Justeru, saya fikir perlu juga saya coretkan idea ini supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu terutamanya yang sudah mula mahu bekerja, dapat memperkenalkan penggunaan botol kepada si kecil mereka. Apatah lagi, kebetulan saya juga ada menjawab persoalan ini melalui emel. Jadi, tugas saya lebih mudah, edit sedikit sebanyak emel itu buat tatapan pembaca sekalian.

Add a comment

Seringkali terdengar dialog "Saya tiada susu selepas bersalin" atau "Ibu saya kata susu saya sedikit sama seperti dia, sebab itu ibu belikan susu formula supaya bayi kenyang"

Benarkah anggapan ini? Zatul Hijanah Ramzi menulis dalam artikel ini.

Add a comment

Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)

Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia, myhealth.gov.my

Add a comment
Monday, 25 January 2010 03:43

Penyusuan Susu Ibu dan Jaundis

Written by Zatul Hijanah Ramzi

Salam,

Kali ini saya nak bercerita tentang kepentingan penyusuan susu ibu dalam mencegah dan merawat jaundis.

Jaundis juga dikenali oleh masyarakat kita sebagai Sakit Kuning pada bayi baru lahir.

Add a comment

Soalan: Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?

Jawapan: Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Petikan daripada: Soalan Lazim, Masalah Berat Badan
Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia

Add a comment
Saturday, 16 January 2010 13:04

Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu

Written by Nora Herni

oleh Nora Herni Abdul Rahim

Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."

Add a comment
Page 1 of 6
You are here