Saturday, 06 October 2007 07:28

Adakah Bayi Saya Mendapat Susu Secukupnya

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam.

Tanda-tanda bayi  mendapat susu secukupnya

  • Carta berat yang normal bagi usianya.
  • Lain-lain indikasi fizikal adalah ukuran tinggi dan ukurlilit kepala.
  • Aktif, peka dan perkembangan yang sesuai dengan usianya.
  • Bayi membasahkan lampin sekurang-kurangnya 6 kali sehari.
  • Kencing bayi bewarna hampir jernih dan bau tidak terlalu hancing.
  • Najis bayi bewarna gelap seakan hitam pada permulaannya dan semakin kekuningan selepas hari kelima.
  • Bayi rasa puas selepas habis menyusu .
  • Bayi menyusu 6 hingga 8 kali sepanjang hari untuk 2 hingga 3 minggu pertama usia bayi.
  • Kulit bayi pejal dan warnanya sihat.
  • Buah dada ibu terasa lembut dan tidak lagi penuh selepas bayi menyusu.
  • Kuantiti susu perahan tidak mencukupi untuk menampung keperluan bayi


Jika memang betul susu anda tidak mencukupi, anda perlu tahu penyebabnya dan cari jalan penyelesaiannya…

Last modified on Tuesday, 24 June 2008 18:28
Login to post comments
You are here