Tuesday, 22 July 2008 00:10

Penyusuan Melambatkan Kehamilan?

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Adakah menyusu badan membuatkan ibu sukar untuk hamil?

PENYUSUAN badan dijangka melambatkan seseorang ibu kembali subur, namun ini tidak bermakna mereka tidak boleh hamil sewaktu dalam tempoh penyusuan itu.

{mosimage}Sekiranya anda sudah didatangi haid, peluang anda untuk kembali subur lebih cerah berbanding jika anda masih ketiadaan haid.

Kadangkala ia didahului dengan simptom sebelum ke datangan haid atau sakit seperti senggugut beberapa bulan sebelum didatangi haid, ini juga petanda baik.

Namun, didatangi haid tidak juga bermakna seseorang sudah kembali mengalami ovulasi (pengeluaran telur).

Sebaliknya sesetengah wanita pula mengalami ovulasi ter lebih dulu sebelum didatangi haid.

Maka sebaiknya anda menjalani pemeriksaan doktor untuk mengesahkan kedudukan anda sama ada sudah mengalami ovulasi atau belum.

Sumber: Dr Adilah Ahmat, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam Soal Jawab: Penyusuan lambatkan proses kehamilan, Harian Metro 

Last modified on Tuesday, 29 July 2008 20:51
Login to post comments
You are here