
Sumber: Calorie and fat content of various milks
Kandungan lemak dalam susu ibu ini adalah anggaran.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya lebih lama seseorang ibu itu menyusukan anaknya, maka susu itu menjadi semakin pekat dan berlemak. Oleh itu susukan anak selama yang mungkin di sebelah payudara, dan tukar kepada payudara sebelah jika dia masih mahu selepas dia berhenti menyusu sebelah dan disendawakan.
Cara lain untuk menambahkan kandungan lemak dalam susu ibu antaranya adalah:
- kerap menyusu
- sesi penyusuan yang lebih lama.
- urutan
- breast compression
- memerah susu sebelum menyusukan anak
- dan akhir sekali mengubah diet ibu
Sumber: What affects the amount of fat or calories in mom's milk?
Cik puan juga boleh mencuba petua ini. Kisar susu segar bersama buah badam dan kurma. Boleh tambah ais jika mahu ianya sejuk. Dan minumlah. Mungkin ia sesuai untuk cik puan. Keberkesanannya bergantung kepada keserasian masing-masing.
Baca juga artikel ini, Susu Ibu Cair Bukan Tidak Berkhasiat dan Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu.

