Setiap Orang Punya Kelebihannya Sendiri, Begitu Juga Anda
"Kalau kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain maka kamu telah menghina diri kamu". Saya pun termenung. Memang apa yang dikatakan adalah betul iaitu Allah itu maha Adil lagi Saksama, Allah jadikan manusia in tiada bezanya, kita sama hebat tetapi kita tidak serupa.
Jadi di situ kita kena ingatkan diri kita bahawa jangan kita merendah-rendahkan diri, rendah diri itu satu sifat yang baik. Tetapi merendah-rendahkan diri itu menjadi satu kekangan ataupun kelemahan. Jadi macam mana kita nak jadi kaya, kita kena tengok yang pertama....
Di mana kehebatan kita iaitu bakat-bakat kita, semua orang ada bakat-bakat yang tersendiri. bakat ini adalah di mana dia mudah belajar, dia minat, keghairahan atau dia seronok. Contohnya orang ada bakat main gitar, sekali belajar sahaja dah boleh petik dan main lagu. Sebaliknya sekiranya orang yang tiada bakat atau 'tangan bangku', janganlah cuba nak main gitar atau 'bongo' sekalipun, memang susah. Bakat inilah yang akan mendorong atau membantu untuk kita mudah mencapai kejayaan dengan cemerlang.
- Dr Fadzillah Kamsah dalamtemubual bersama Irfan Khairi dalam bukunya Mentor Jutawan
| Add a comment |
Kolostrum: Cecair Bernilai Emas
“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.
“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu– talu kepada Husna. Risau benar dia.
| Add a comment |

