Displaying items by tag: Memilih
Tuesday, 21 October 2008 16:50

Petua Memilih dan Menggunakan Mentega

Gunakan mentega bermutu tinggi dan harum baunya supaya kek wangi. Mentega jenis ini mengandungi lemak krim dan tiada campuran lemak sayuran seperti mentega yang lain. Mudah saja mengenalinya. Ia lebih mahal dan senang lembut bila diletak pada suhu bilik.

Sebaik-baiknya, potong sebuku mentega itu menjadi lapan bahagian. Dengan cara ini, ia akan lembut sekata dengan sempurna. Mentega yang tidak dipotong mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi lembut. Jika dapur anda agak panas, bahagian luar mentega mungkin bertukar menjadi cair (berminyak) dan ini boleh merosakkan tekstur kek.

Sumber: chef Norzailina, norzailina.blogspot

Add a comment
Published in Petua Memasak
Thursday, 19 July 2007 12:54

Memilih Tembikai

Jika anda hendak membeli tembikai, pilih yang bentuknya bulat bersimetri atau lonjong. Kulitnya licin tanpa rekahan, lebam atau kesan lembut dan bahagian bawahnya yang mencecah tanah berwarna sedikit kekuningan. Tembikai yang baik juga mempunyai bau yang ranum dan beratnya sesuai dengan besarnya.
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Kebanyakan wanita memilih beg tangan berdasarkan apa yang berkenan di hati. Tahukah anda beg tangan yang tidak sesuai boleh membuatkan penampilan anda kelihatan serba tidak kena. Gaya beg tangan yang bagaimana yang sesuai dengan bentuk badan anda?
Add a comment
Published in Kecantikan
Wednesday, 03 February 2010 06:36

Panduan Memilih Prasekolah

Agak berat untuk saya menulis artikel ini ketika diminta oleh seorang teman. Bukan sahaja kerana saya tidak mahir tentangnya. Juga bukan kerana saya tidak berpengalaman memilih preschool untuk anak saya tetapi saya tidak mampu menghadirkan contoh preschool yang memenuhi segala kriteria yang saya gariskan. saya memang bukan perfectionist tapi mencari preschool yang bagus agak sukar malah boleh dikatakan mustahil!

Add a comment
Published in Memandaikan Anak
Saturday, 17 May 2008 09:26

Galakkan Anak Cuba Makanan Baru

Kajian menunjukkan adakalanya kanak-kanak perlu didedahkan kepada 10 hingga 15 kali makanan baru sebelum mereka mula menerima makanan tersebut.

Kajian oleh Contento dan rakan sepasukannya menyokong menyatakan kanak-kanak boleh menerima satu-satu pilihan makanan jika mereka diberi peluang.

Malangnya, ramai ibu bapa yang bertindak memaksa anak-anak dalam bab pemakanan. Usah memaksa anak jika anak tidak menggemarinya, sebaliknya anda boleh pelbagaikan makanan itu kepada bentuk lain.

Contohnya, daripada memaksa anak menikmati sayuran lobak merah, anda boleh menyediakan jus segar.

- Selera Mewah si Kecil, Kosmo 

Add a comment

Kalau dulu hanya ada satu sahaja jenis lampin kain. 4 segi. Kalau lain sikit pun, bezanya cuma pada coraknya. Tapi kini zaman dah berubah. Lampin kain sudah dipermodenkan untuk memudahkan ibu-ibu zaman kini yang selalu sibuk tapi tetap mementingkan kesihatan, alam sekitar dan juga penjimatan.

Add a comment
Published in Bayi
Sunday, 07 March 2010 04:04

Anak Tidak Mahu Botol Susu

Oleh: Nora Herni Abdul Rahim

Akhir-akhir ini, saya kerap menerima persoalan berkaitan bagaimana mahu memperkenalkan botol kepada si kecil yang sudah pandai memilih dan membezakan puting. Justeru, saya fikir perlu juga saya coretkan idea ini supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu terutamanya yang sudah mula mahu bekerja, dapat memperkenalkan penggunaan botol kepada si kecil mereka. Apatah lagi, kebetulan saya juga ada menjawab persoalan ini melalui emel. Jadi, tugas saya lebih mudah, edit sedikit sebanyak emel itu buat tatapan pembaca sekalian.

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu
Wednesday, 13 June 2007 23:40

Amalkan Pemakanan Sihat untuk Anak Anda

Ramai ibu-ibu setuju, pemakanan yang sihat sangat penting kepada keluarga. Namun begitu, ramai juga yang beranggapan, pemakanan sihat sukar diamalkan dalam keluarga, terlalu banyak cabarannya. Jadual yang sibuk, anak makan memilih, pengaruh media serta persekitaran dan pelbagai lagi masalah membuatkan ramai ibu terpaksa akur dan menutup sebelah mata dengan memberikan keluarga mereka makan makanan yang tidak berkhasiat.

Add a comment
Published in Bayi dan Kanak-kanak
Tuesday, 08 April 2008 00:00

Memilih Hospital Bersalin

Memilih hospital merupakan antara langkah yang tidak boleh dipandang ringan. Beberapa ciri boleh dijadikan panduan umum untuk memilih hospital yang baik.
Add a comment
You are here