Minumlah Susu
Susu mengandungi 9 khasiat penting, termasuk kalsium, vitamin A, D dan B12, protin, potassium, riboflavin, niacin dan fosforus. Pakej khasiat ini bukan setakat membantu kita mendapatkan tulang yang kuat, ia juga baik untuk sistem saraf, penglihatan,kulit, pembentukan sel baru, sistem imun dan sebagainya. - Milk Nutrition Facts, whymilk.com
| Add a comment |
Tentang Kanser Payudara
Sayangi Diri Kita
| Add a comment |
Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
| Add a comment |
Elakkan Kafein termasuk Kola Jika Menyusu
Cuba elakkan kafein atau kurangkan pengambilannya ketika anda menyusukan bayi. Kafein akan terkumpul dalam sistem tubuh bayi kerana bukan mudah untuk menyingkirkannya. Jika meminum secawan kopi di waktu pagi tidaklah begitu memudaratkan bayi anda, tetapi terlalu banyak kafein boleh menimbulkan masalah seperti sukar tidur, gementar, kerengsaan dan kurang menyusu. Anda bolehlah mengambil kopi tanpa-kafein dan juga teh. Elak dari mengambil minuman kola serta lain-lain minuman berkarbonat yang mengandungi kafein tambahan.
- sumber: Penyusuan Susu Ibu, infosihat.gov.my
| Add a comment |
Haid Ibu Menyusu
Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.
Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa faktor. Ada sesetengahnya langsung tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.
- Sumber: Apabila Haid Tidak Datang, hamidarshat.com
| Add a comment |
Vitamin yang Mungkin Membantu Ibu Menyusu
DHA iaitu asid lemak omega-3 yang terdapat antaranya dalam minyak ikan adalah penting untuk perkembangan otak dan mata. Kajian menunjukkan bayi yang minum susu ibu yang mengandungi lebih DHA mempunyai ketepan visual yang lebih baik. DHA juga dapat memperbaiki perkembangan bayi dalam sesetengah kajian. Ibu menyusu yang mahu mengambil suplemen minyak ikan ini disyorkan berjumpa dengan pakar kesihatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat sebelum mengambilnya.| Add a comment |
Bayi Menggigit Semasa Menyusu
Kebiasaannya gigi pertama bayi anda mula tumbuh sekitar umur 4-6 bulan. Bayi anda akan suka untuk mengunyah, atau menghisap apapun yang dijumpainya (termasuk anda!) supaya gusinya yang gatal rasa lebih selesa. Sebenarnya semasa menyusu bayi tidak boleh mengigit kerana dia tidak boleh melakukan dua kerja (menggigit dan menyusu) ini secara serentak. Jadi apabila dia telah habis menyusu, cepat-cepat pisahkan puting anda dari mulutnya sebelum dia mula menggesek gigi. Jika dia sempat menggigit, katakan "JANGAN!", pisahkan mulut bayi dari puting anda. Rehat untuk seketika (2 minit) dan kemudian sambung semula. Jika bayi anda melakukannya lagi, katakan lagi "JANGAN!" dan jauhkan mulut bayi anda dari puting.
| Add a comment |

